Showing posts with label Politeknik. Show all posts
Showing posts with label Politeknik. Show all posts

Permohonan e-Rayuan Kemasukan Ke IPTA / Politeknik Premier Sesi 2013/2014

on 24 May 2013


Permohonan e-Rayuan Kemasukan Ke IPTA / Politeknik Premier  Sesi 2013/2014

Permohonan e-Rayuan Kemasukan Ke IPTA / Politeknik Premier  Sesi 2013/2014 Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf | Bagi calon yang tidak berjaya pada permohonan kemasukan ke IPTA dan Politeknik Premier  sesi 2013/2014, calon boleh membuat e-Rayuan dengan melayari laman pautan di bawah:



Rayuan boleh dibuat melalui aplikasi e-Rayuan sahaja dan boleh dicapai setelah Keputusan Kemasukan Ke Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti & ILKA diumumkan iaitu mulai 24 Mei 2013 jam 12.00 tengah hari sehingga 02 Jun 2013.

  • Aplikasi e-Rayuan dibuka mulai 24 MEI 2013 sehingga 02 JUN 2013.
  • Hanya Pemohon yang TIDAK BERJAYA ditawarkan tempat di IPTA/Politeknik Premier atau Program Pengajian peringkat Diploma di Politeknik Konvensional/METrO / ILKA SAHAJA layak mengemukakan e-Rayuan ke IPTA/Politeknik Premier.
  • Rayuan kemasukan ke Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti & ILKA hendaklah dikemukakan terus kepada Institusi / Agensi yang berkaitan dalam tempoh 14 hari selepas keputusan diumumkan.

TAWARAN RAYUAN ADALAH TERTAKLUK KEPADA KEKOSONGAN TEMPAT  MENGIKUT PROGRAM PENGAJIAN DI IPTA / POLITEKNIK PREMIER SELEPAS PENDAFTARAN PELAJAR BARU. 

PERHATIAN!!!
  • Anda dinasihatkan agar mengemukakan permohonan secara berasingan. Sila selesaikan permohonan anda terlebih dahulu sebelum membuat permohonan calon lain.
  • Sila pastikan komputer yang digunakan mempunyai perisian Adobe Acrobat Reader bagi tujuan mencetak Slip Permohonan.

Semakan Keputusan Permohonan Ke Politeknik Sesi Jun 2013 - Online dan SMS

on 16 May 2013

Semakan Keputusan Permohonan Ke Politeknik Sesi Jun 2013 - Online dan SMS

Semakan Keputusan Permohonan Ke Politeknik Sesi Jun 2013 - Online dan SMS | Kepada calon lulusan SPM 2012 yang memohon ke Politeknik Premier boleh membuat semakan keputusan bermula pada 17 Mei 2013 (Jumaat).

Semakan Keputusan Permohonan Ke Politeknik Premier 2013
  • SMS: Taip UPU RESULT (jarak) No.KP dan hantar ke 15888
TAHNIAH kepada anda yang berjaya mendapat tawaran IPTA dan POLITEKNIK PREMIER. Jaya atau gagal tertakluk kepada 3 perkara utama:
1. Pilihan program pengajian yang anda minta (Kompetitif @ Tidak Kompetitif);
2. Kekosongan atau berapa banyak tempat disediakan oleh IPTA/Politeknik bagi program berkenaan;
3. Persaingan dari segi markah merit..anda yang markah merit lebih tinggi akan dapat dulu;

Serba ringkas mengenai pemilihan UPU harap maklum..

Semakan kemasukan ke Politeknik Premier Sesi Jun 2013 boleh dibuat pada esok (17 Mei 2013).


Semakan Keputusan Permohonan ke Politeknik Konvensional/METrO & ILKA 2013 

Calon juga boleh membuat semakan melalui cara berikut:

Semakan Keputusan Permohonan ke Politeknik Konvensional/METrO dan ILKA 2013

Semakan untuk kemasukan ke Politeknik Konvensional/METrO & ILKA Sesi Jun 2013 boleh dibuat pada 24 Mei 2013.

Untuk Maklumat Lanjut Politeknik Premier sila Layari Web http://upu.mohe.gov.my. Bagi Politeknik Konvensional/Metro Sila Layari Web Politeknik.


Rayuan


Rayuan boleh dibuat melalui aplikasi e-Rayuan sahaja dan boleh dicapai setelah Keputusan Kemasukan Ke Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti & ILKA diumumkan iaitu mulai 24 Mei 2013 jam 12.00 tengah hari sehingga 02 Jun 2013

Maklumat Lanjut

Bahagian Pengambilan Pelajar,
Jabatan Pengajian Politeknik,
Aras 4, Galeria PjH,
Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya.

Telefon: 03-8891 9240/ 9255/ 9256/ 9257/ 9258/ 9259/ 9313 
Faks : 03-8891 9319

Permohonan Kemasukan ke Politeknik Dan ILKA Sesi 2013

on 10 January 2013

Permohonan Kemasukan ke Politeknik Dan ILKA Sesi 2013

Permohonan Kemasukan ke Politeknik Dan ILKA Sesi 2013 | Bagi pelajar lepasan SPM 2012 yang ingin melanjutkan pelajaran ke Politeknik dan ILKA anda boleh memohon sekarang dan anda dipelawa untuk mengikuti kursus yang ditawarkan dalam bidang kemahiran. 

Permohonan Kemasukan ke Politeknik Primier

Permohonan kemasukan ke program pengajian di Politeknik Primier bagi lulusan SPM adalah melalui Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar sekali dengan permohonan IPTA.
  • Politeknik Ungku Omar (PUO)
  • Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)
  • Politeknik Ibrahim Sultan (PIS)

Permohonan Kemasukan ke Politeknik Konvensional / METrO Dan ILKA

Permohonan kemasukan ke Institusi Latihan Teknikal & Vokasional (TEVT) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) melibatkan:
  • Politeknik
  • Kolej komuniti

Cara Memohon Politeknk Konvensional / ILKA / Primier
  1. Sila beli nombor ID di BSN yang terdekat
  2. Untuk membuat permohonan, sila layari laman http://upu.mohe.gov.my/
  3. Atau terus ke https://online.mohe.gov.my/upu/onlineupu/index.php

SEMAKAN SYARAT AM & SYARAT KHAS KEMASUKAN KE IPTA & POLITEKNIK PREMIER [ Klik Sini ]

Semakan Syarat Am & Syarat Khas Kemasukan Ke POLITEKNIK KONVENSIONAL / METrO & ILKA [ Klik Sini ]

Tarikh Tutup Permohonan

Sistem permohonan akan DITUTUP pada 15 April 2013.

Keputusan Permohonan
  • Hebahan keputusan permohonan ke IPTA/Politeknik Primier bagi program pengajian lepasan SPM/Setaraf pada minggu ke-3 bulan MEI.
  • Hebahan keputusan permohonan ke ILKA/Politeknik bagi program pengajian lepasan SPM/setaraf & lepasan SKM pada minggu ke-4 bulan MEI.
Aplikasi e-Rayuan
  • Bagi calon yang gagal yang ingin membuat rayuan boleh berbuat demikian melalui aplikasi e-Rayuan yang akan dibuka selama 10 hari bermula pada tarikh keputusan permohonan dimumkan.

Permohonan Kemasukan Ke IPTA, Politeknik dan ILKA Sesi Akademik 2013/2014

on 1 December 2012

Permohonan Kemasukan Ke IPTA, Politeknik dan ILKA Sesi Akademik 2013/2014

Permohonan Kemasukan Ke IPTA, Politeknik dan ILKA Sesi Akademik 2013/2014 | Permohonan kemasukan ke IPTA/Politeknik/ILKA bagi calon lepasan SPM, Asasi, Matrikulasi, STPM, STAM, Diploma atau SETARAF dengannya yang ingin melanjutkan pengajian bagi sesi akademik 2013/2014 akan mula dibuka pada 7 Januari hingga 15 April 2013.

Permohonan akan dibuka pada bulan Januari 2013. Turut dinyatakan ialah jualan No.Unik ID di BSN dijual pada tarikh permohonan dibuka.

Berikut adalah Pekeliling Prosedur Pengurusan Permohonan Kemasukan Ke IPTA/Politeknik/ILKA Sesi Akademik 2013/2014 bagi : 


Untuk maklumat terkini mengenai permohonan ini sila layari laman web rasmi kemasukan IPTA di pautan ini, http://upu.mohe.gov.my/

Kemaskini Terkini: 7 Januari 2013

Bermula hari ini sehingga 15 April 2013 boleh membuat Permohonan Kemasukan Pelajar Bagi Sesi Akademik 2013/2014. Permohonan mula dibuka bermula jam 12.00 Tengah Hari, 7 Januari  2013 hingga 15 April 2013.



SEMAKAN SYARAT AM & SYARAT KHAS KEMASUKAN KE IPTA & POLITEKNIK PREMIER [ Klik Sini ]

SEMAKAN SYARAT AM & SYARAT KHAS KEMASUKAN KE POLITEKNIK KONVENSIONAL/METrO & ILKA [ Klik Sini ]

Kemasukan adalah pada :
  • lepasan SPM/Setaraf - Jun 2013 
  • lepasan STPM/Setaraf - September 2013
Sila Klik Gambar Untuk Lebih Jelas

Bagi pemohon lepasan Sijil dari Politeknik yang ingin menyambung pengajian ke peringkat Diploma di Politeknik, permohonan hendaklah dibuat terus ke Politeknik. Sila rujuk laman web www.politeknik.edu.my untuk maklumat lanjut.

Anda juga dinasihat untuk meneliti tarikh-tarikh penting mengenai permohonan kemasukan ke IPTA/Politeknik/ILKA di SINI.


Tarikh Tutup Permohonan

Sistem permohonan akan DITUTUP pada 15 April 2013.

Keputusan Permohonan
  • Hebahan keputusan permohonan ke IPTA/Politeknik Primier bagi program pengajian lepasan SPM/Setaraf pada minggu ke-3 bulan MEI.
  • Hebahan keputusan permohonan ke ILKA/Politeknik bagi program pengajian lepasan SPM/setaraf & lepasan SKM pada minggu ke-4 bulan MEI.
Aplikasi e-Rayuan
  • Bagi calon yang gagal yang ingin membuat rayuan boleh berbuat demikian melalui aplikasi e-Rayuan yang akan dibuka selama 10 hari bermula pada tarikh keputusan permohonan dimumkan.

Permohonan Biasiswa JPA Peringkat Diploma Politeknik Sesi 2012/2013

on 23 November 2012

Permohonan Biasiswa JPA Peringkat Diploma Di Politeknik Sesi 2012/2013

Permohonan Biasiswa JPA Peringkat Diploma Politeknik Sesi 2012/2013 | Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah pun membuka tawaran permohonan biasiswa politeknik bagi tahun 2012. Para pelajar yang telah mendaftar bagi kemasukan Januari dan Jun 2012 untuk mengikuti pengajian peringkat Diploma di Politeknik dipelawa untuk memohon biasiswa Politeknik tajaan JPA ini.

Bidang Tajaan

Semua bidang yang ditawarkan oleh Politeknik sesi 2012/2013

Syarat Permohonan

Calon-calon yang layak memohon mestilah mempunyai kelayakan berikut;

  • Warganegara Malaysia
  • Terbuka kepada pelajar-pelajar yang mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja.
  • Umur tidak melebihi 19 tahun pada tarikh iklan (20 November 2012).
  • Telah mendaftar diri untuk mengikuti pengajian tahun satu di politeknik pada bulan Januari Sesi 2012/2013 atau pada bulan Julai Sesi 2012/2013.
  • Mendapat sekurang-kurangnya gred C (kepujian) dalam bahasa Melayu.
  • Memperolehi sekurang-kurangnya gred B dalam 6 mata pelajaran lain.
Manakala calon yang tidak layak memohon;
  • Pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat sijil
  • Pelajar yang berada di tahun dua dan ke atas
  • Pelajar yang mengikuti kursus yang berkaitan dengan pendidikan
  • Pelajar yang telah mempunyai kelayakan Diploma
  • Pelajar yang sedang mengikuti Program Pendidikan Jarak Jauh/separuh masa
  • Pelajar yang mempunyai Diploma Lepasan Ijazah atau Diploma anjuran sesuatu Jabatan/Agensi.
Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian (ONLINE) sahaja

Permohonan

Cara memohon adalah seperti berikut;
  • Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (on-line) di laman web: 
  • Pemohon terlebih dahulu perlu mendaftar untuk mendapatkan katalaluan secara percuma.
  • Pemohon dibenarkan mengemaskini atau meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup. Hanya permohonan yang terkini sahaja diambilkira sebagai penerimaan permohonan.
  • Permohonan melalui pos tidak akan dilayan.
  • Salinan sijil-sijil tidak diperlukan kecuali dinyatakan dalam “Slip Permohonan”.
  • Pemohon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak “Slip Permohonan” sebagai bukti permohonan telah dibuat.
Tarikh Tutup

Tarikh tutup permohonan biasiswa politeknik JPA ini ialah pada 26 November 2012.

Kadar Biasiswa

Biasiswa yang ditawarkan adalah seperti berikut;
  • Elaun sara hidup samada RM7,560 atau RM6,426 setahun
  • Elaun buku RM400 setahun
  • Elaun alat perkakas antara RM50 sehingga RM250 setahun
  • Elaun kertas projek RM150 setahun
  • Yuran pengajian politeknik RM400 setahun.
Di samping, itu elaun tambang kapal terbang untuk perjalanan dua hala diberikan setiap tahun daripada RM100 – RM1,000 bergantung kepada lokasi atau pun seperti di bawah;

Tambang Kapal Terbang (Dua Hala) Peringkat Diploma/Ijazah Setahun:

Pelajar Semenanjung ke Sarawak dan sebaliknya                                        - RM 700.00
Pelajar Semenanjung ke Sabah dan sebaliknya                                             - RM 1,000.00
Pelajar Labuan ke Sarawak dan sebaliknya                                                   - RM 400.00
Pelajar Labuan ke Sabah dan sebaliknya                                                        - RM 100.00
Pelajar Sarawak ke Sabah dan sebaliknya                                                      - RM 500.00

Tempoh Kontrak

Pemohon yang menerima tawaran biasiswa politeknik tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam ini dikehendaki berkhidmat dengan Kerajaan atau tuntutan gantirugi akan dikenakan. Tempoh berkhidmat dengan Kerajaan dan tuntutan gantirugi ini bergantung kepada tempoh pengajian dan jenis pengajian. Tempoh berkhidmat ini adalah di antara 3 sehingga 6 tahun dan jumlah gantirugi pula samada RM70,000 atau RM100,000.
 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved