Paris Hilton Dikecam Buka Butik Di Tanah Suci Mekah | Satu penghinaan kepada kota suci Mekah. Itu pandangan ramai gara-gara pembukaan butik mewah milik selebriti bermasalah yang pernah terlibat dengan rakaman seks, Paris Hilton.
Keadaan ini menyebabkan kemarahan umat Islam, seolah-olah tidak ada tempat lain untuknya membuka butik mewah tersebut.
Paris mengumumkan pembukaan butik berkenaan dalam twitternya pada Khamis lalu.
“Butik saya baru dibuka di Mekah Mall di Arab Saudi’’, itu bunyi twitternya.
Pengumuman berkenaan bagaimanapun terus mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.
Salah seorang telah membalasnya "Biar betul?’"
Manakala yang lain pula membalas “Penting sangatkan sehingga Arab Saudi membenarkan Paris Hilton membuka butiknya di Mekah’’.
Ada juga yang mengecamnya kerana ia umpama memusnahkan tanah suci
“Bagaimana seorang yang sanggup merakamkan video seks membuka butik di tanah suci ini,’’ itu antara kecaman yang diterimanya.
Dengan pembukaan butik berkenaan, Paris berharap ia akan menjadi tumpuan terutama ketika umat Islam mengunjungi Mekah untuk menunaikan umrah atau ibadat haji. Butik mewah yang kelima di Asia barat itu terletak di Jalan King Abdullah Bin Abdulaziz.
Asia Barat merupakan antara sasaran Paris dan setakat ini, terdapat 40 buah butik Paris Hilton dibuka di seluruh dunia. Antara produk jenamanya ialah minyak wangi, beg tangan, jam dan kasut.
Paris dilaporkan memperolehi pendapatan lebih $10 juta dolar setahun hasil jualan butik berkenaan. Jumlah asetnya pula dianggarkan sebanyak $100 juta dolar.
P/S: Memang patut pun Paris Hilton ini dikecam dan bagaimana pula pihak Arab Saudi boleh membenarkan artis bermasalah ini boleh membuka butiknya di Kota Suci itu?
{ 0 Comments... read them below or add one }
Post a Comment