Lihat Gambar Comel Mampu Tingkatkan Mutu Dan Prestasi Kerja

on 2 October 2012

Lihat Gambar Comel Mampu Tingkatkan Mutu Dan Prestasi Kerja | Kajian terbaru menunjukkan bahawa melihat gambar anak haiwan comel bukan sekadar menyenangkan anda tetapi sebenarnya dapat meningkatkan prestasi kerja serta membantu anda untuk memberi lebih tumpuan terhadap tugas. Kajian daripada sekumpulan penyelidik di Universiti Hiroshima disifatkan sesuai diberi tajuk "Power of Kawaii" (Kuasa Comel) berdasarkan perkataan Jepun Kawaii yang bermaksud comel.

Lihat Gambar Comel Mampu Tingkatkan Mutu Dan Prestasi Kerja
Melalui tiga eksperimen berasingan, sepasukan ahli sains mendapati bahawa orang ramai menunjukkan tahap penumpuan yang lebih tinggi selepas ditunjukkan dengan gambar anak anjing atau anak kucing. Kira-kira 132 pelajar universiti dibahagikan kepada tiga kumpulan, lapor Wall Street Journal. Setiap kumpulan diberikan dengan tugas yang berbeza.

Dua kumpulan pertama menunjukkan keputusan yang paling menarik. Kumpulan pertama adalah versi permaianan operasi, di mana peserta diminta secara berhati-hati mengambil objek kecil dari sebuah lubang tanpa terkena bahagian tepinya. Tetapi ia juga menentukan sama ada kuasa comel boleh melangkaui tugas berkaitan penjagaan yang tidak berkaitan bagi membantu yang lain.

Nota: Kalau macam begini, senang saja nak hilangkan sikap malas bekerja dan stress dengan hanya lihat benda-benda comel. Kalau perempuan comel boleh lihat tak?... Dosa tu tapi aku dengar bila kita lihat perempuan pada kerdipan mata yang pertama tak berdosa, kerdipan yang kedua barulah berdosa... Betulkan tu?
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved