Perbezaan Antara Lelaki Dan Perempuan Dalam Solat

on 1 September 2012

Perbezaan Antara Lelaki Dan Perempuan Dalam Solat | Dalam Islam, Rasulullah SAW telah mengajar bagaimanakah cara bersolat bagi lelaki dan wanita. Maka, kita perlu tahu apakah perkara-perkara yang dilarang untuk dilakukan dalam solat khususnya bagi golongan wanita.

Dalam mengerjakan solat, terdapat perbezaan ketara di antara lelaki mahupun perempuan terutamanya dari segi aurat. Seperti kita tahu, wanita tidak boleh mengimamkan lelaki, tetapi mereka boleh mengimamkan bagi golongan wanita itu sendiri. Di sini terdapat pecahan tentang apakah perbezaan antara lelaki dan perempuan dalam solat.

Perbezaan Antara Lelaki Dan Perempuan Dalam Solat

Perempuan disunatkan dibezakan dengan lelaki dalam 5 perkara:

1) Menghimpunkan/merapatkan sesetengah anggota dengan lain ketika sujud. Iaitu dengan merapatkan kedua siku kepada dua rusuk ketika sujud dan merapatkan perut dengan kedua paha. Keadaan ini berbeza dengan lelaki yang disunatkan supaya merenggangkan dua sikunya dari dua rusuk dan mengangkat perutnya dari kedua pahanya.

Al-Baihaqi (2/232) meriwayatkan:

Nabi Muhammad saw telah berjalan di kawasan dua orang perempuan yang sedang bersembahyang,lalu Baginda bersabda: Apabila kamu berdua sujud, maka himpunkan/rapatkan sesetengah daging(anggota) ke bumi, sesungguhnya perempuan dalam masalah tersebut tidak sama dengan lelaki.

2) Perempuan hendaklah merendahkan suaranya di khalayak lelaki yang bukan mahramnya. Oleh itu dia tidak boleh menyaringkan bacaan dalam sembahyang yang. dibaca dengan nyaring kerana bimbang berlakunya fitnah. Firman Allah taala..

“Dan janganlah kamu bercakap dengan suara yang lemah lembut(lunak) sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya(fasik dan kurang warak).”
(Ahzab:32)

Hal ini berbeza dengan lelaki kerana lelaki disunatkan membaca dengan kuat/nyaring ketika sembahyang pada sembahyang yang dibaca dengan nyaring.

3) Apabila berlaku sesuatu kepada seseorang perempuan ketika sembahyang dan dia ingin menyedarkan/memberitahu seseorang di sekelilingnya bagi sesuatu perkara, maka dia hendaklah menepuk dengan memukul belakang tapak tangan kirinya dengan menggunakan tangan kanannya.

Manakala bagi lelaki apabila berlaku sesuatu di dalam sembahyang,dia disunatkan bertasbih dengan suara yang tinggi,bukan dengan niat tasbih(memberi ingat)

Ini berdasarkan kepada apa yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim drpd Sahl bin Saad bahwa Rasulullah saw bersabda:

Barangsiapa yang merasa ragu terhadap sesuatu perkara(yang perlu diingatkan) ketika sembahyang,maka hendaklah dia bertasbih,kerana sesungguhnya apabila dia bertasbih,perkara yang diragukan itu akan diberi perhatian.Manakala menepuk tangan hanyalah bagi golongan perempuan.(Iaitu dengan memukul belakang tapak tangan kiri dengan tapak tangan kanan).

4) Seluruh anggota badan adalah aurat,kecuali muka dan tapak tangannya.

5) Perempuan disunatkan iqamah tetapi tidak disunatkan azan. Walaubagaimanapun, sekiranya dia melakukan azan tersebut dengan suara yang perlahan,maka tidak makruh,dan azan tersebut dikira sebagai zikir yang diberi pahala kepadanya. Jika diangkat suaranya ketika azan,maka ianya makruh dan menjadi haram sekiranya dibimbangi berlaku fitnah.

Berlainan dengan lelaki. Sebagaimana yang anda ketahui bahawa azan adalah disunatkan kepada lelaki ketika menunaikan sembahyang fardhu.

(Dipetik dari Kitab Fikah Mazhab Shafie dalam menghuraikan bab:bersuci dan sembahyang.)

Memang apa yang kita nampak bagi kaum perempuan terdapat sedikit kekangan syarat yang wajib diikuti. Semua ini adakah kerana Allah ingin memelihara kehormatan seseorang yang bergelar perempuan. Semua perintah Allah SWT mengandungi hikmah yang tersendiri. Semoga solat kita semua diterima Allah SWT.

Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved