Keputusan Undian Kumpulan UEFA Champions League (Liga Juara-Juara Eropah) 2012/2013

on 31 August 2012

Keputusan Undian Kumpulan UEFA Champions League (Liga Juara-Juara Eropah) 2012/2013 | Keputusan undian bagi peringkat kumpulan Liga Juara-juara Eropah (UEFA Champions League) telah pun diumumkan. Majlis undian kumpulan Liga Juara-Juara Eropah UEFA 2012/2013 telah pun berlangsung di Monaco, Perancis.

Keputusan Undian Kumpulan UEFA Champions League (Liga Juara-Juara Eropah) 2012/2013

4 juara liga dalam 1 kumpulan sudah menunjukkan betapa kumpulan berkenaan adalah kumpulan paling panas. Juara Liga Sepanyol, Real Madrid, juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City, Juara Liga Belanda, Ajax, dan Juara Liga Jerman, Borussia Dortmund, diletakkan dalam Kumpulan D persaingan Liga Juara Eropah 2013/13.

Kedudukan itu diputuskan menerusi cabutan yang dilangsungkan di Monaco, semalam. Daripada empat pasukan dalam setiap kumpulan, hanya dua pasukan akan layak ke pusingan seterusnya – 16 pasukan terakhir. Chelsea berada bersama juara Serie A, Juventus dalam Kumpulan E. Dua kelab lain ialah Shakhtar Donetsk dari Ukraine dan Nordsjaelland, kelab baru Denmark.

Barcelona, yang ditewaskan oleh Chelsea dalam separuh akhir tahun lalu, digandingkan dengan Benfica dari Portugal, Spartak Moscow (Rusia) dan Celtic (Scotland) dalam Kumpulan G. Juara tiga kali Manchetser United pula berada dalam Kumpulan H bersama SC Braga (Portugal), Galatasaray (Turki) dan CFR-Cluj (Romania).

Bayern pula akan bertemu dengan Valencia dari Sepanyol, Lille (Perancis) dan BATE Borisov (Belarus) dalam Kumpulan F. Juara tujuh kali, AC Milan berada dalam Kumpulan C bersama Zenit St. Petersburg dari Rusia, Anderlecht (Belgium) dan Malaga (Sepanyol).

Juara baru Perancis, Montpellier juga muncul kali pertama. Ia berada dalam Kumpulan B bersama Arsenal, Schalke 04 dan Olympiakos dari Greece. Kumpulan A terdiri daripada kelab berbelanja besar dari Paris, St Germain, Dinamo Kyiv (Ukraine) Porto (Portugal) dan Dinamo Zagreb (Croatia).

Pertandingan akhir Liga Juara-juara akan berlangsung di Stadium Wembley, London pada 25 Mei 2013.

Keputusan Undian Kumpulan UEFA Champions League (Liga Juara-Juara Eropah) 2012/2013

Keputusan Undian Kumpulan UEFA Champions League (Liga Juara-Juara Eropah) 2012/2013


Kumpulan A
  • FC Porto (Portugal)
  • Dynamo Kiev (Ukraine)
  • Paris Saint-Germain (Perancis)
  • Dinamo Zagreb (Croatia)
Kumpulan B
  • Arsenal (England)
  • Schalke (Jerman)
  • Olympiacos (Greece)
  • Montpellier FC Perancis)
Kumpulan C
  • AC Milan (Itali)
  • Zenit St Petersburg (Russia)
  • Anderlecht (Belgium)
  • Malaga (Sepanyol)
Kumpulan D
  • Real Madrid (Sepanyol)
  • Manchester City (England)
  • Ajax Amsterdam (Belanda)
  • Borussia Dortmund (Jerman)
Kumpulan E
  • Chelsea (England)
  • Shakhtar Donetsk (Ukraine)
  • Juventus (Itali)
  • FC Nordsjaelland (Denmark)
Kumpulan F
  • Bayern Munich (Jerman)
  • Valencia (Sepanyol)
  • Lille (Perancis)
  • BATE Borisov (Belarus)
Kumpulan G
  • Barcelona (Sepanyol)
  • Benfica (Portugal)
  • Spartak Moscow (Russia)
  • Celtic (Scotland)
Kumpulan H
  • Manchester United (England)
  • SC Braga (Portugal)
  • Galatasaray (Turki)
  • CFR Cluj (Romania)
Keputusan Undian Kumpulan Liga Juara Eropah 2012 / 2013

Group A: FC Porto, Dynamo Kiev, Paris Saint Germain, Dinamo Zagreb
Group B: Arsenal, Schalke, Olympiakos, Montpellier
Group C: AC Milan, Zenit St Petersburg, Anderlecht, Malaga
Group D: Real Madrid, Manchester City, Ajax Amsterdam, Borussia Dortmund
Group E: Chelsea, Shakhtar Donetsk, Juventus, FC Nordsjaelland
Group F: Bayern Munich, Valencia, Lille, BATE Borisov
Group G: Barcelona, Benfica, Spartak Moscow, Celtic
Group H: Man United, Braga, Galatasaray, CFR Cluj
Ranking: 5

{ 1 Comments... read them below or add one }

  1. fuhhhh nih abg besar guwa mmg mnat nih..
    die tak habes2 ARSENAL aje.. hehe

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved