Lingkaran Racun Nyamuk Antara Bahan Resepi Utama Tukang Masak

on 12 September 2012

Lingkaran Racun Nyamuk Antara Bahan Resepi Utama Tukang Masak | Lingkaran racun nyamuk serta beberapa pil kuda gred A yang dipercayai direbus bersama daun ketum dikesan menjadi ‘resipi’ pilihan utama bagi segelintir tukang masak. Air ketum konon didakwa mengeluarkan aroma harum selain di dakwa tonik terbaik untuk meningkatkan tenaga batin.

Lingkaran Racun Nyamuk Antara Bahan Resepi Utama Tukang Masak

Kedua-dua bahan tersebut yang dikatakan luar biasa akan dicampur bersama timbunan daun ketum dalam periuk sebelum dikacau selama 3 jam sehingga mendidih sebelum api dapur gas dikecilkan bagi menjaga kualiti air ketum berkenaan.

Difahamkan, bagi penggemar ‘air racun’ tersebut, mereka dikatakan lebih suka kepada daun ketum yang mempunyai urat merah berbanding urat putih, sekali gus mendapat permintaan tinggi di kalangan penagih tegar.

Bagaimanapun, kegiatan haram tersebut terbongkar apabila sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran menyerbu sebuah rumah yang turut dijadikan sebagai makmal memproses air daun ketum di Felda Jengka 17, dekat sini, semalam.

Dalam serbuan jam 9 pagi diketuai Pegawai Risikan, Operasi dan Tahanan IPK, Asisten Superintendan Azli Mohd Noor bersama anggotanya mendapati tukang masak air daun ketum terbabit dipercayai melarikan diri.

Azli berkata, ketika serbuan dilakukan, ibu kepada tukang masak terbabit berada di rumah sebelum polis menjalankan siasatan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati wanita berusia lingkungan 50-an itu dikatakan memberi alasan suspek pulang ke kampung di Kedah sejak 3 hari lalu bersama saudaranya kerana menyelesaikan urusan peribadi.

Katanya, hasil pemeriksaan di belakang rumah, polis menemui 3 batang pokok ketum sebesar pemeluk yang ditanam sejak beberapa tahun lalu menyebabkan sebatang daripadanya terpaksa diikat dengan tali kerana senget.

“Bagaimanapun, kita meragui dakwaan ibu suspek mengatakan anaknya berada di Kedah sejak 3 hari lalu sedangkan beberapa daun ketum ditemui di belakang rumah itu masih basah seperti baru selesai direbus.

“Siasatan turut mendapati suspek berusia lingkungan 30-an dipercayai menjalankan operasi merebus air daun ketum seawal jam 1 pagi dan berhenti sebelum Subuh,” katanya.

Beliau berkata, suspek kemudian akan membungkus mengikut sukatan sebelum menjualnya kepada pelanggan dengan harga RM5 bagi 2 bungkus.

Menurutnya, suspek dipercayai penagih tegar menjalankan kegiatan haram berkenaan sejak beberapa tahun lalu setelah dikatakan menanam anak pokok daun ketum dibawanya dari Kedah.

Katanya, polis sudah memotong sebelum membakar pokok ketum berkenaan dengan bantuan kakitangan Majlis Daerah Maran (MDM). - Lingkaran Racun Nyamuk Antara Bahan Resepi Utama Tukang Masak

Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved