Gadis Kristian Bakar Al-Quran Dibebaskan | Perkara ini berlaku di Islamabad, Pakistan, dimana seorang gadis perempuan Kristian yang dituduh membakar Al-Quran dibebaskan semalam dengan ikat jamin selepas lebih tiga minggu dipenjarakan di sebuah penjara di Rawalpindi, Pakistan.
Rimsha Masih, ditahan pada 16 Ogos lalu atas tuduhan membakar kertas yang mengandungi ayat Al-Quran. Namun kelmarin, mahkamah membenarkan dia dibebaskan dengan ikat jamin.
Menteri Keharmonian Kebangsaan, Paul Bhatti berkata, Rimsha terpaksa dibawa menggunakan helikopter atas tujuan keselamatan ketika dihantar kepada keluarganya. AFP
{ 0 Comments... read them below or add one }
Post a Comment