Bisa Labah-Labah Ubat Kepada Mati Pucuk

on 2 September 2012

Bisa Labah-Labah Ubat Kepada Mati Pucuk | Tak sangka bisa labah-labah boleh dijadikan ubat kepada sesiapa yang mengalami mati pucuk.

Bisa Labah-Labah Ubat Kepada Mati Pucuk
Gambar hiasan
London : Satu ubat yang diperbuat menggunakan cecair bisa labah-labah paling berbisa di dunia mungkin boleh menjadi penawar terbaik mati pucuk

Penyelidik dari Brazil dan Amerika Syarikat mendapati, bisa labah-labah ‘Wandering Spider’ dari Brazil mengandungi toksin yang membantu aliran darah dan seterusnya menghilangkan mati pucuk selepas 20 minit memasuki sistem tubuh, lapor akhbar di sini. 

Bunuh ramai orang 

Labah-labah berkenaan bertanggungjawab membunuh lebih ramai orang berbanding spesies lain. Mangsa yang kena bisanya biasanya maut selepas sejam kena gigitan. 

Beberapa ujian yang dilakukan pada tikus menunjukkan prestasi aliran darah meningkat selepas bisanya memasuki badan dan melepaskan oksid nitrik, sejenis kimia yang mencairkan darah dan membantu aliran darah menjadi lebih baik. 

Proses itu sama seperti yang dilakukan ubat anti mati pucuk. Meskipun ubat seperti Viagra, Cialis dan Levitra berjaya membantu ramai lelaki sejak 10 tahun lalu, 30 peratus lelaki masih mendapati prestasi mereka masih sama. 

Oleh itu, ubat daripada bisa labah-labah mungkin dapat menjadi kaedah lain. - Agensi



Ranking: 5

{ 2 Comments... read them below or add one }

  1. agak2nya bila pula ubat untuk HIV boleh dihasilkan ye

    ReplyDelete
  2. @boni kacak koe rasa bilalah tu? Senang saja tu... tak payah buat benda2 yg boleh menyebabkan penyakit tu.... Ini semua disebabkan manusia juga...

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved