Bulan Mengambang Dua Kali Di Bulan Ogos | Siapa sangka perkara ini akan terjadi tapi inilah hakikat di mana pada bulan Ogos, bulan telah mengambang sebanyak dua kali. Fenomena bulan purnama menyinari langit lebih daripada sekali dalam sebulan dapat dilihat di serata dunia kelmarin (31 Ogos 2012).
FENOMENA bulan biru dilihat di langit semasa upacara penghormatan terakhir untuk angkasawan Neil Armstrong berlangsung di bandar raya Cincinnati, Amerika Syarikat kelmarin. |
Menurut akhbar MailOnline, bulan mengambang penuh pada 2 dan 31 haribulan sepanjang Ogos lalu.
Dikenali sebagai bulan biru, fenomena yang berlaku sekali setiap 2.7 tahun itu telah menarik perhatian ahli astronomi dan orang ramai di seluruh dunia.
Kejadian luar biasa itu diramalkan berlaku sekali lagi pada Mei 2015.
Menurut akhbar berkenaan, nama bulan biru tiada kaitan dengan keadaan fizikal bulan dengan maksud istilah tersebut hilang ditelan zaman.
Warna biasa bulan semasa bersinar di langit adalah putih.
Namun, bulan pernah berwarna biru selama dua tahun apabila Gunung Berapi Krakatoa meletus di Indonesia pada 1883.
Warna biru tersebut ekoran abu mikroskopik gunung berapi yang melitupi angkasa dan hanya membenarkan sebahagian gelombang cahaya menembusi atmosfera bumi. – Agensi
{ 0 Comments... read them below or add one }
Post a Comment