Permohonan Biasiswa JPA Program Diploma dan Ijazah Dalam Negara Sesi 2012/2013 Dibuka 6 Ogos 2012

on 5 August 2012

Permohonan Biasiswa JPA Program Diploma dan Ijazah Dalam Negara Sesi 2012/2013 Dibuka 6 Ogos 2012 | Tawaran Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam bagi mengikuti pengajian peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Dalam Negara bagi sesi 2012/ 2013.

Permohonan Biasiswa JPA Program Diploma dan Ijazah Dalam Negara Sesi 2012/2013 Dibuka 6 Ogos 2012

Syarat Am

  • Warganegara Malaysia;
  • Umur tidak melebihi 25 tahun pada atau sebelum 1 Januari 2012;
  • Memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
  • Telah menerima tawaran kemasukan ke tahun pertama (1) pengajian (Bagi lepasan Matrikulasi/Asasi/STPM) atau tahun kedua (2) dan ke atas di peringkat ijazah pertama dan mempunyai baki 2 tahun pengajian; dan
  • Tahun pertama peringkat diploma dari mana-mana IPTA (kecuali UPSI).

Syarat Khusus

  • Pemohon yang sedang mengikuti pengajian atau pemohon yang telah diterima masuk ke IPT seperti yang disenaraikan di perenggan 2 sama ada peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda mulai Sesi 2010/2011 perlu mempunyai salah satu kelayakan akademik seperti berikut:
  1. Bagi pelajar tahun satu IPTA adalah menggunakan CGPA terkini - CGPA 3.30 
  2. Bagi tahun satu dan ke atas di IPTS dan Kampus Cawangan adalah menggunakan CGPA terkini atau setara - CGPA 3.50
  3. Matrikulasi/Asasi/STPM - CGPA 3.75
  4. Diploma/Lepasan Diploma - CGPA 3.5

Bidang Tajaan

1. Keutamaan
  • Perubatan, Pergigian dan Farmasi
2. Sains Kesihatan Bersekutu
  • Dietetik, Bioteknologi Perubatan, Sains Veterinar, Sains Forensik, Fisioterapi, Sains Pemakanan, Pertuturan, Sains Kesihatan Pemulihan Cara Kerja, Audiologi, Optometri, Bersekutu Pengimejan, Radioterapi Persekitaran, Sains Perubatan Kecemasan dan sebagainya.
3. Sains Sosial
  • Perakaunan, Undang-undang, Ekonomi, Perhubungan Antarabangsa, Ekonomi Antarabangsa, Sains Politik, Psikologi, Sosologi, Komunikasi, Perniagaan, Pemasaran, Kewangan, Perbankan, Perdagangan, Pengurusan Sumber Manusia, Pelancongan, Sains Perhutanan, Sains Kesihatan Bersekutu, Sains Pengurusan Alam Sekitar, Sains Pertanian, Sains Aktuari, Bioteknologi, Teknologi Maklumat, Sains dan Teknologi, Teknologi Diperbaharui, CCI dan lain-lain bidang NKEA.
4. Sastera
  • Bahasa, Pengajian Islam, Syariah, Usuluddin
5. Sains Tulen
  • Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik
6. Kejuteraan
  • Mekanikal, Elektrik, Elektronik, Kimia, Aeronautik, Automatif, Seni Bina, Ukur Bahan, Ukur Tanah, Perancangan Bandar dan Wilayah.

Kadar Biasiswa

Kadar Biasiswa JPA


Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi dalam talian (online application) mulai 6 Ogos 2012 (Isnin)jam 5:00 petang

Anda boleh membuat permohonan dengan pergi ke url;

http://esilav2.jpa.gov.my/

Apa-apa perubahan akan diupdate di sinijuga. Harap maklum... Untuk maklumat lanjut tentang permohonan biasiswa JPA tersebut sila KLIK SINI.

*Update terkini:

CARA MEMOHON

Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) sahaja. Permohonan adalah percuma. Cara memohon adalah seperti berikut:
  1. Pemohon boleh mengemukakan permohonan mulai 6 Ogos 2012 dengan melayari laman sesawang http://www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my;
  2. Pemohon dibenarkan menghantar satu permohonan sahaja tetapi dibenarkan mengakses sebanyak 3 kali untuk mengemas kini atau meminda sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya permohonan yang terkini sahaja diambil kira sebagai penerimaan permohonan;
  3. Borang permohonan atas talian yang dimuat turun, dicetak dan dihantar melalui pos tidak akan diproses;
  4. Permohonan secara atas talian tidak memerlukan penghantaran salinan sijil-sijil, kecuali dinyatakan dalam “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2012”;
  5. Pemohon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2012” sebagai bukti permohonan telah dibuat;
  6. Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa mengisi borang permohonan atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-88853453, 03-88853541 atau 03-88853532. Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang (Isnin – Jumaat); dan
  7. Pertanyaan mengenai program tajaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-88853049 (10 talian) pada setiap hari bekerja mulai jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang atau e-mel di alamat pidn2011@jpa.gov.my.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan ialah pada 12 Ogos 2012 (Ahad). Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

KEPUTUSAN PERMOHONAN

Keputusan permohonan biasiswa Program Ijazah Dalam Negara dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang http://esilav2.jpa.gov.my pada 21 September 2012 (Jumaat).
Ranking: 5

{ 15 Comments... read them below or add one }

  1. kalau pointer lepasan matrik kurag 0.1 dri syarat yg di perlukan mmg x da peluang utk dapat ka??

    ReplyDelete
  2. @Anonymoustak pasti juga , lagipun syarat yg diberikan mcm tu lah...

    ReplyDelete
  3. ada temu duga tak?

    ReplyDelete
  4. @lim tak pasti juga... cuba rujuk link di atas tu... (^_^)

    ReplyDelete
  5. untuk politeknik sekali ka ni ?

    ReplyDelete
  6. @aerna sila baca syarat am.... (^_^)

    ReplyDelete
  7. kalau semakan utk diploma keluar bila??

    ReplyDelete
  8. kalau semakan utk diploma keluar bila??

    ReplyDelete
  9. @daya... saya tak pasti tapi kalau ada berita tentang tu kami akan update kelak... ^_^

    ReplyDelete
  10. semuanya tk pasti..bgs tutup blog bro..

    ReplyDelete
  11. still bleh apply skrang k?

    ReplyDelete
  12. cmne nk carik apply biasiswa... bila bka permohonan untuk lepasan matrik ?

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved