4 Mak Nyah Cabar Keputusan Mahkamah Syariah dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS)

on 31 August 2012

4 Mak Nyah Cabar Keputusan Mahkamah Syariah dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) | Keputusan empat mak nyah yang sebelum ini mendapat kebenaran mahkamah untuk mencabar perintah undang-undang Syariah yang menghalang mereka berpakaian seperti wanita, akan diketahui 11 Oktober 2012 depan. Dalam prosiding mendengar permohonan semakan kehakiman yang berlangsung semalam, Hakim Datuk Siti Mariah Ahmad berkata, pihaknya akan meneliti kes tersebut dengan mendalam sebelum membuat sebarang keputusan.

4 Mak Nyah Cabar Keputusan Mahkamah Syariah dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS)

Mereka, Muhamad Juzaili Mohd Khamis, 24, Shukor Jani, 25, Wan Fairol Wan Ismail, 27, dan Adam Shazrul Mohd Yusoff, 25, yang bekerja sebagai juruandam menamakan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Pengarahnya, Ketua Pegawai Penguatkuasa Syariah, Ketua Pendakwa Raya Syariah dan Kerajaan Negeri sebagai responden.

Terdahulu, empat lelaki itu meminta Mahkamah Tinggi mengisytiharkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 tidak mempunyai kesan dan tidak terpakai, kepada mereka yang secara psikologi adalah wanita atau mempunyai kecelaruan identiti jantina.

Mereka juga mendakwa seksyen itu juga melanggar Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan, berhubung hak kebebasan terutama dari segi kebebasan memilih. Menurut peguam pemohon, Aston Paiva, keempat-empat anak guamnya itu mempunyai laporan perubatan dari Hospital Kuala Lumpur yang mengesahkan bahawa mereka ini secara psikologi mempunyai sifat kewanitaan lebih berbanding lelaki. Responden diwakili Peguam Datuk Ishak Sahari dan Mohd Fairuz Iskandar.

4 Mak Nyah Cabar Keputusan Mahkamah Syariah dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) – (Sumber ammboi.com) – Sedih Lelaki Melayu Jadi Macam ni.

Ranking: 5

{ 3 Comments... read them below or add one }

  1. geram betul la kalau orang yang bercakap pasal human right nie.. kalau mati nanti takkan nak manusia macam dorang jugak uruskan [bg yang beragama Islam] sedangkan agama islam sendiri melarang tukar jantina.. fail lah 100000juta saman sekalipun tetap takkan dapat merubah keputusan jika dekat Malaysia nie

    Serius WTF : FEMEN Protests Bloodthirsty Islamist

    Tutorial : Unlock Blocked Website

    Gambar : Air Pancut 800 Juta Di Dubai

    Gambar : Puak Dani di Papua New Guinea[Mesti Tengok]

    ReplyDelete
  2. @babycomel Assalam, nielah dia manusia bangang... upsss... terlebih suda... mereka nie tak bersyukur sebab dijadikan lelaki... aku tak taulah Baby Comel... mungkin kena tanya sendiri dgn mereka nie...

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved