Tiket Perlawanan Malaysia vs Manchester City 30 Julai 2012 Cuma RM10 Sahaja

on 14 July 2012

Tiket Perlawanan Malaysia vs Manchester City 30 Julai 2012 Cuma RM10 Sahaja

Tiket Perlawanan Malaysia vs Manchester City 30 Julai 2012 Cuma RM10 Sahaja | Kira-Kira 15,000 tiket, yang berharga RM10 bagi perlawanan bola sepak antara pasukan kebangsaan Malaysia dan Manchester City, boleh didapati di gerai yang ditetapkan sepanjang program “1Malaysia For Youth(1M4U) di KLCC, pada Ahad ini 16 Julai 2012.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di laman Facebook dan Twitter beliau. Beliau juga jelaskan sebahagian besar keuntungan jualan tiket itu akan disalur kepada badan amal. Sebagai permulaan, beliau telah meminta agar 15,000 tiket disediakan di gerai yang ditetapkan sepanjang penganjuran 1M4U di KLCC Ahad ini. Harga tiket ialah RM10.

Perlawanan persahabatan itu akan bermula pukul 9.45 malam pada 30 Julai ini di Stadium Nasional Bukit Jalil. Terdahulu, MCFC dalam satu kenyataan menyebut 60 peratus hasil jualan tiket bagi perlawanan itu akan diderma kepada Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ranking: 5

{ 2 Comments... read them below or add one }

  1. Anonymous30 July, 2012

    tiket RM10 boleh dibeli lagi ke ??

    ReplyDelete
  2. @Anonymous tak pasti sangatlah tentang tu...

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved