Mijo Dadic Pemain Import Baru Kelantan 2012

on 14 July 2012

Mijo Dadic Pemain Import Baru Kelantan 2012 | Semalam Tan Sri Annuar Musa ada mengumumkan dalam laman facebooknya berkenaan pengambilan pemain import baru bagi memperkuatkan pasukan Kelantan mengharungi saingan Piala AFC 2012.  Selain itu, kehadiran Mijo Dadi juga amat diperlukan ketika Kelantan melawan Queens Park Rangers (QPR) pada 20 Julai 2012 ini.

Mijo Dadic Pemain Import Baru Kelantan 2012

Pemain "defensive midfielder" berasal dari Croatian berusia 30 tahun, Mijo Dadic dijangka akan menandatangani kontrak bersama The Red Warriors (TRW) dan beliau dijangka tiba di Kelantan pada minggu hadapan. Mijo Dadic sudah tidak asing dalam arena bola sepak Malaysia dan beliau dipilih sendiri oleh Bojan Hodak. Pemain ini pernah menyarung jersi pasukan UPB-My Team pada tahun 2006-2008, iaitu kelab yang pernah dilatih Bojan Hodak sendiri.

Mijo Dadi kini sedang bermain bersama Kelab Indonesia, Deltras. Beliau juga pernah menyarung jersi Persiba Balik Papan (Liga Indonesia) pada tahun 2008-2011. Selain UPB-My Team, Mijo Dadic juga pernah menyarung jersi sebuah lagi kelab Malaysia iaitu MK Land pada usim 2004-2005. Pemain ini mempunyai ketinggian 1.90 meter dan bakal menjadi pemain tertinggi the Red Warriors. Di harap dengan kehadiran Mijo Dadic, benteng pertahanan Kelantan akan lebih selepas ini. 
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved