Qari Malaysia dan Qariah Maghribi Johan Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-54 | Majlis penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Yang Dipertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah.
Seramai 64 peserta (41 Qari dan 23 Qariah) telah memperdengarkan bacaan masing-masing. Johan Qari dan Qariah akan menerima wang tunai RM40,000, naib johan akan menerima RM30,000 dan tempat ketiga menerima RM20,000. Kerajaan Malaysia telah meningkatkan hadiah untuk 8 perserta ke atas
Pemenang Qari
- Johan: Mohammad Anuar Ghazali (95.33%) dari Malaysia
- Naib Johan: Amin Pouya Amer (91.67%) dari Iran
- Tempat ketiga: Raden Harmoko Baharuddin (90.16%) dari Indonesia
- Tempat keempat: Ahmad Muhammad Al-Khalidi (89.84%) dari Maghribi
- Tempat kelima: Ahmad Mailud Syawish (88%) dari Algeria
Pemenang Qariah
- Johan: Hasnaa’ Muhammad Khoulali (94% – 38.67% Tajwid) dari Maghribi
- Naib Johan: Rahmawati Bakri Hunawa (94% – 38.20% Tajwid) dari Indonesia
- Tempat ketiga: Hajah Che Aminah bt Che Awang (94% – 38.17%) dari Malaysia
- Tempat keempat: Dayang Nurfaezah Hj. Emran (89.33%) dari Brunei
- Tempat kelima: Mashitah Ibrahim (84%) dari Thailand
Kesemua peserta menunjukan peningkat dalam kefasihan bacaan, baik dalam hukum tajwid. Ini menunjukan kesungguhan untuk berjaya di masa akan datang. Apa yang menariknya bagi kategori Qariah markah johan, naib johan dan tempat ketiga adalah sama. Keputusan ditentukan melalui bacaan hukum tajwid. Majlis Tilawah al-Quran bertemakan “Pemacu Transformasi Ummah Wasatiyyah” berlangsung selama lapan malam sejak 6 Julai 2012 lalu, disertai 44 qari dan 27 qariah dari 44 negara. kredit info dan gambar kepada AUC dan AMMBOI.
p/s: Alhamdulillah selesai juga Tilawah Al-Quran di mana Qari dari Malaysia Johan manakala Qariah hanya menduduki tempat ketiga. Apa-apa pun semuanya menunjukkan peningkatan yang agak baik. Kita jumpa di tahun hadapan kelak... InsyaAllah...
{ 0 Comments... read them below or add one }
Post a Comment