Tasha Shila Hampir Lemas Kerana Ombak Rania

on 14 July 2012

Tasha Shila Hampir Lemas Kerana Ombak Rania | Siapa yang dah menonton telefilem Ombak Rania yang sudah mula ditayangkan sejak 12 Julai lepas menerusi Astro Ria (104) pada jam 9.00 malam ? Kalau dah menonton apa reaksi korang mengenai telefilem terbaru lakonan Tasha Shila itu? Ombak Rania antara drama yang hebat dan membuatkan penonton tidak sabar menunggu sambungannya. Namun semua tidak tahun cabaran Tasha Shila sepanjang pengambaran drama berkenaan.

kredit gambar kepada Murai.com.my

Banyak cabaran yang terpaksa dilalui oleh pelakon, Tasha Shilla dalam melakonkan watak sebagai ikan duyung yang bernama Puteri Rania kerana beliau hampir lemas di dalam air kerana perlu mengenakan kostum ikan duyung telah dibuat khusus untuk telefilem ini dan pada waktu yang sama saya perlu berenang. Jadi, bila berada terlalu lama di dalam air, kostum itu jadi berat. Apabila berat beliau tidak dapat berenang dan lemas seketika sebelum disedari krew yang cuba selamatkannya.

“Penggambaran di dalam kolam air juga agak mencabar kerana saya perlu berjam-jam menjalani babak dalam air sehingga kesejukan. Disebabkan itu, saya perlu bersedia dengan vitamin C dan juga beberapa makanan tambahan lain, bagi mengelakkan diri daripada demam,” jelasnya lagi.

Jelas Tasha Shilla lagi, dia bagaimanapun gembira kerana impian menjadi ikan duyung sedari kecillagi telah terlaksana dalam telefilem bergenre romantik komedi fantasi tersebut.

“Saya macam tak percaya pula apabila diberi peluang melakonkan watak ini kerana memang dari kecil lagi saya teringin hendak menjadi ikan duyung seperti cerita dongeng dan kartun dalam televisyen. Pada awalnya saya kecewa kerana ketika ditawarkan watak ini, jadual saya agak padat dan saya juga tidak dapat memenuhi jadual penggambaran telefilem tersebut,” katanya kepada sebuah portal hiburan (murai.com.my).

Selain Tasha Shilla, Ombak Rania turut dibintangi oleh Aiman Hakim Redza, Rozita Che Wan, Sharifah Sakinah, Ruminah Sidek dan Aida Comel. Pertama kali bergandingan dengan Aiman Hakim Redza yang menjadi kekasihnya di dalam telefilem tersebut, Tasha Shilla memberitahu dia selesa dan mudah bekerjasama dengannya. kredit kepada AMMBOI
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved