Assalamualaikum dan salam 1Dunia...
Ya ! Allah, Engkau lindungilah mereka dari segala seksaan dan Kau berilah mereka kekuatan untuk menghadapi ujian ini. Semoga mereka mendapat perlindungan Dari-Mu Ya Allah !...
Sumber gambar: Forblogger |
Lagi 1000 orang penduduk Islam Rohingya telah disembelih oleh penduduk Rakhine di Arakan. Ini merupakan satu jumlah yang agak besar dan amat membimbangkan.
Namun begitulah nasib saudara seIslam kita di sana (Myanmar) yang terpaksa hidup merana kerana ditindas oleh puak yang bermaharajalela, Rakhine. lagi menyedihkan apabila pihak berkuasa dan keselamatan tidak menghalang tindakan zalim tersebut malah turut sama membantu puak Rakhine.
Menurut salah seorang aktivis Islam Myanmar yang hanya mahu dikenali dengan panggilan Ahmad, 32, segala maklumat tentang penindasan puak Rakhine dirahsiakan oleh pihak berkuasa supaya tidak diketahui umum. Bukan itu sahaja, malah bantuan dari luar juga turut disekat.
Apa yang lebih menyedihkan ialah pada masa kini terdapat kira-kira 115,000 orang umat Islam Rohingya tinggal di lima khemah penempatan sementara di beberapa kawasan iaitu di Thet Khapyin yang menempatkan 40,000 orang, Da Bai Thaecheung (25,000), Bumay (10,000), Budu Pa (20,000) dan Sampya Barat (20,000).
jom join segmen ini...best http://coratcoretkuini.blogspot.com/2012/07/segmen-ayu-saya-blogger-dari.html
ReplyDelete