AdaMu Lagu Terbaru Najwa Latif

on 23 July 2012

AdaMu Lagu Terbaru Najwa Latif | Bersempena dengan Ramadhan Al-Mubarak ini Najwa Latif telah melancarkan lagu terbarunya iaitu AdaMu. Lagu ini sebenarnya telah dihasilakan pada Ramadhan tahun lalu lagi dan lirik lagu ditulis sendiri oleh kakak Najwa Latif iaitu Ika.

AdaMu Lagu Terbaru Najwa Latif

Ini merupakan buah tangan Najwa untuk para peminatnya yang merinduinya kerana beliau sedang berehat untuk menumpukan sepenuh perhatiannya pada peperiksaan SPM yang bakal didudukinya pada tahun ini.

Najwa Latif

AdaMu dilancarkan serentak dengan video muzik yang dilancarkan di saluran Youtube Najwa Latif

Lirik Lagu AdaMu


AdaMu - Najwa Latif

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesaranNya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniaNya di dunia

Kau berikan ku kekuatan
Untuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

Kerna Kau yang satu
Yang setia bersamaku
Di kala ku jatuh ku bangkit kerna Mu
Ku tahu ku adaMu di sisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

Lagu: Najwa Latif (NAR Publishing SDN BHD)
Lirik: Ika Latif (NAR Publishing SDN BHD)

Videoklip AdaMu - Najwa Latif



Ranking: 5

{ 1 Comments... read them below or add one }

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved