Guru Bantah Pelajar Guna Telefon Bimbit

on 22 July 2012

Guru Bantah Pelajar Guna Telefon Bimbit: Cadangan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membenarkan penggunaan telefon bimbit terhadap golongan pelajar di sekolah mendapat bantahan dari golongan pendidik.
Sumber: Forblogger

Melalui kaji selidik yang dijalankan melibatkan 2,000 responden seluruh negara, Lebih 90 peratus guru dan 80 peratus pemimpin sekolah tidak bersetuju cadangan Kementerian Pelajaran membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah. Hasil kaji selidik tersebut diumumkan oleh Muhamad Khailani Abdul Jalil yang merupakan Yng Dipertua Majlis Pengetua Sekolah Menengah.

Kajian tersebut turut mendapati lebih 75 peratus ibu bapa dan 55 peratus pelajar sendiri turut membantah cadangan berkenaan. Semua pihak kepentingan menegaskan keperluan pelajar untuk membawa telefon bimbit ke sekolah amat sedikit dan tidak mewakili suara majoriti. Kebimbangan utama semua pihak berkepentingan itu ialah ia lebih banyak membawa keburukan.

Berdasarkan pengalaman sekolah, 60 peratus pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah walaupun tidak dibenarkan ketika ini. Masalah berlaku apabila telefon bimbit hilang, pelajar menuduh rakan mencuri sehingga mencetuskan pergaduhan. Selain itu, pelajar membawa anasir berunsur lucah ke sekolah dan berisiko tinggi berlaku penyebaran yang boleh mempengaruhi rakan. - Guru Bantah Pelajar Guna Telefon Bimbit


Ranking: 5

{ 1 Comments... read them below or add one }

  1. setuju.. memang lagi banyak keburukan daripada kebaikan..

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved