Mendakwa Diri Nabi Akhir Zaman dan Allah

on 22 July 2012

Assalamualaikum dan salam 1Dunia...

Ya Allah ! apa nak jadi dengan dunia sekarang ini. Tak habis-habis dengan penghinaan kepada Islam dan kini ada pula orang yang mendakwa dirinya sebagai Nabi akhir zaman dan Allah. Apa kes nie ? dah sempurna sangatkah atau dah banyak sangat ilmu sampai istihar diri itu sebagai tuhan. Apa yang tak baiknya di sini ialah kejadian ini terjadi di Malaysia. Adakah ini benar ? Wallahualam

Seorang pemuda telah dibicarakan di mahkamah ekoran mendakwa dirinya sebagai Nabi Akhir Zaman dan Allah. Beliau ini merupakan seorang bekas kapten kapal dan telah didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah di Ayer Keroh, Melaka.

Mendakwa Diri Nabi Akhir Zaman dan AllahBagaimanapun, tertuduh Roslan Abdul Rahman (44) mengaku tidak bersalah terhadap kesalahan yang didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan Rembia Perkasa 14, Taman Rembia Perkasa, Alor Gajah, kira-kira jam 3.15 petang kelmarin.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa mengejek agama Islam dengan kenyataan ‘aku mengaku aku Allah’ dan ‘aku ini Nabi akhir zaman’.

Dia dituduh mengikut Seksyen 62, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 iaitu mempersenda agama Islam.

Jika sabit kesalahan, tertuduf boleh dihukum denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih 36 bulan atau kedua-duanya.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Syarie, Che Zam Zam Che Man di depan Hakim Syarie Mohd Asri Tahir.

Tertuduh telah mengejutkan mahkamah apabila tiba-tiba naik berang dan mempersoalkan tindakan pihak berkuasa menahannya.

“Benda itu (tuduhan wujud) lepas saya ditangkap, lepas semua kecoh. Apa kesalahan saya pada awal ditangkap, atas dasar apa?,” katanya dengan nada tinggi.

Mohd Asri kemudian menasihatkan tertuduh supaya menjawab soalan sama ada dia faham atau sebaliknya pertuduhan dan menyatakan pengakuan bersalah atau tidak.

Selepas keadaan tenang, tertuduh meminta pertuduhan dibacakan sekali lagi oleh jurubahasa yang mana dia kemudian mengaku tidak bersalah.

Che Zam Zam memohon tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM4,000 dengan dua penjamin dari kalangan ahli keluarga terdekat.

Tertuduh dalam reaksi spontan dengan nada keras memberitahu tidak mempunyai wang, selain tiada ahli keluarga terdekat.

Mohd Asri membenarkan permohonan Che Zam Zam dan menetapkan 15 Oktober ini untuk sebutan semula.


Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved