Assalamualaikum dan salam 1Dunia...
Setelah menempuh pelbagai gosip yang dihadapi oleh Nora Danish kini beliau sendiri mengakui yang dia sedang rapat dengan seseorang dan sedang mengenali hati budi si dia yang bertuah itu menerusi Kosmo. Mungkin berita ini akan membuatkan para jejaka yang menaruh hati kepada si ibu tunggal ini merasa kecewa dan sedih.
Siapakah jejaka bertuah itu ? Nak tahu siapa ? Kenalah bersabar sikit sebab, buat masa ini, identitinya masih rahsia. Kata Nora Danish:-
Sejujurnya buat masa ini saya memang sedang rapat dengan seseorang dan dalam peringkat mengenali hati budinya, cuma saya tidak mahu mendedahkannya sekarang kerana hubungan tersebut masih lagi di peringkat awal.Saya tidak berniat untuk merahsiakan identiti lelaki tersebut kepada umum, tetapi kalau sudah tiba masa yang sesuai dan hubungan tersebut benar-benar kukuh barulah saya akan bercerita.Pasti ramai yang kecewa dengan pengakuan Nora Danish ini. Kami mendoakan yang terbaik untuk Nora dan berharap akan terus ke jinjang pelamin dengan pilihan hati Nora. Bukannya apa, tak naklah dengar lagi isu gosip Nora, nanti tak baik pula. Rasanya memang dah lama Nora memegang status ibu tunggal. Orang kata, daripada hidup berseorangan lebih baik ada berdua, kata Abang Nara.
ok la tuu...lepas ni ada orang boleh jaga Nora danish da.....hehe
ReplyDelete