'Gangster Celop' Bakal Cetus Fenomena

on 13 July 2012

Assalamualaikum dan salam 1Dunia...

Gangster Celop
Kredit gambar kepada Media Hiburan Karangkraf

'Gangster Celop' Bakal Cetus Fenomena


Entah apa nak cakap dah, makin banyak punya filem yang berunsurkan aksi dan gengster nie. Apa di Malaysia nia banyak sangatkah dah ganster-gangster ? Apa-apa pun filem ini merupakan buah tangan baru dari dua produksi terkemuka tanahair yang julung kalinya bergabung dan yang pastinya gandingan ini akan mencetuskan fenomena dalam dunia perfileman. Skop Productions dan Excellent Pictures bakal bersatu menghasilkan sebuah filem berjudul 'Gangster Celop'.

Barisan Pelakon Gangster Celop


Membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Syamsul Yusof, Kamal Adli, Yus Jambu, Azad Jazmin, Reen Rahim serta pelakon baru Hanis Zalikha, filem ini dijangka mencetuskan fenomena baru dalam industri perfileman negara.

Sinopsis Filem Gangster Celop


'Gangster Celop' berkisar mengenai dua orang bekas gangster iaitu Aman (Kamal Adli) dan Adam (Syamsul Yusof) yang baru selesai menjalani hukuman penjara selama lima tahun yang bertekad untuk menjadi insan yang lebih baik. Namun mereka dikehendaki menjaga anak kepada Mat Jambu (Yus Raja Lawak), seorang ketua gangster yang pernah melindungi mereka dahulu iaitu Suzana (Hanis Zalikha) yang baru pulang dari luar negara untuk memulakan perniagaan. Semua menjadi huru-hara apabila mereka terlibat dalam konflik antara Mat Jambu dan Mat Cirit (Azad Jazmin) yang merupakan musuh sekian lama.

Ingin tahu kesudahan kisah mereka ?

Nantikan tayangan filem 'Gangster Celop' pada pertengahan tahun 2013


p/s: Hanis Zalikha seorang blogger pun dah jadi pelakon erk... terbaiklah... tak sabar nak tunggu nie... Macam mana Hanis berlakon dalam film gangster nie erk... 
Ranking: 5

{ 5 Comments... read them below or add one }

  1. wah.. hanis zalikha da jadi pelakon da sekarang.. thumbs up to her!!

    ReplyDelete
  2. @Boni JLL3 Bukan dia tu dah pernah belakonkah sebelum nie... tak silap aku ada kuar kat TV1 atau TV2 tu dramanya... entah apa tajuk dia aku pun tak ingat dah... hehheh

    ReplyDelete
  3. maksud aku berlakon filem..hehehehe.. ko tak nak baca ke entri aku pasal filem ni?

    ReplyDelete
  4. @Boni JLL3 mestilah nak bah... mesti best punya cerita khayalan koe kan... hehhehe

    ReplyDelete
  5. @Boni JLL3 Assalam Boni... nie info baru aku tau... dia pernah berlakon dalam filem Momok The Movie, memegang watak sebagai bunian...

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved