Showing posts with label Sinopsis. Show all posts
Showing posts with label Sinopsis. Show all posts

Sinopsis Drama Ariana Rose - Akasia TV3

on 28 December 2013

Sinopsis Drama Ariana Rose - Akasia TV3 | Drama bersiri terbaru yang diadaptasi dari novel The Wedding Breaker karya Evelyn Rose akan menemui penonton di Slot Akasia TV3 mulai 30 Disember 2013. Siaran drama Ariana Rose akan disiarkan pada setiap hari isnin hingga khamis pada jam 7.00 malam di slot akasia TV3.

"Ariana Rose"

SLOT : Akasia
LIVE : TV3
HARI : Setiap Isnin - Khamis
MASA : 7.00pm
MULA TAYANGAN : 30 Disember 2013
LAKONAN : Keith Foo (Datuk Wira Tengku Adam Kamil), Nur Fathia (Ariana Rose), Hisyam Hamid (Harith), Arja Lee (Ramzul), Nabila Huda (Liyana), Syatilla Melvin (Sophie), Tasha Shilla (Tengku Juwita), Ziela Jalil (Datin Asra), Jalaluddin Hassan (Datuk Wan Jusoh), Mustapha Kamal (Tan Sri Tengku Mukhriz), Liza Abdullah (Puan Sri Lisdania). Dayana Amerda (Amalina), Atikah Suhaime (Tasha), Anne Abdullah (Mak tiri Ariana), Jasmin Hamid (Tengku Marsela), Rahim Omar (Tengku Sudin), Wan Sharmila (Linda)
Lagu Tema/Lagu Latar Ariana Rose : -
JUMLAH EPISODE : N/A

Sinopsis Drama Ariana Rose

Sinopsis Drama Ariana Rose - Akasia TV3ARIANA ROSE mengisahkan tentang Ariana Rose yang telah menyamar sebagai kekasih Tengku Adam ketika di majlis pernikahan Tengku Adam dan Tengku Juwita. Ariana bersetuju untuk berlakon kononnya dia sedang mengandungkan anak Tengku Adam demi membantu sahabat baiknya, Tengku Juwita agar perkahwinan itu gagal diteruskan. Tengku Juwita sememangnya tidak mahu bersama dengan Tengku Adam yang terkenal dengan sikap kaki perempuan.

Pengakuan palsu Ariana itu ternyata telah memporak-perandakan majlis itu dan perkahwinan Tengku Adam dan Tengku Juwita juga dibatalkan. Bukan reputasi Tengku Adam sahaja di pandang rendah malah maruah keluarga Tengku Adam turut tercalar. Tengku Adam berang dengan keadaan yang berlaku kerana dia memang tidak mengenali Ariana. Jadi, Tengku Adam mengupah pengintip upahan untuk menyiasat siapakah wanita yang telah melakukan pembohongan di majlisnya.

Setelah berjaya mendapat maklumat tentang Ariana, Adam nekad untuk menculik Ariana dan membawa gadis itu ke Cameron Highlands. Tengku Adam cuba untuk memerangkap Ariana dengan memaksa Ariana membuat pemeriksaan kehamilan. Namun, Ariana tetap bertegas dengan mengatakan Tengku Adam adalah bapa kepada anaknya kerana Ariana telah berjanji dengan Tengku Juwita untuk menyimpan rahsia mereka berdua walau apa pun terjadi.

Tengku Adam masih tidak berpuas hati. Kemudian dia terpaksa menggunakan cara kotor dengan meragut kesucian Ariana. Ariana menyesal dan akhirnya mengakui kebenarannya. Ariana mula membenci Tengku Adam dan sejak itu dia tidak pernah lagi bertemu lelaki yang telah memperkosanya.

Selepas 2 bulan kejadian itu berlaku, Ariana meneruskan kehidupannya dengan melakukan kerja-kerja amal. Tanpa disangka, Tengku Adam adalah penyumbang terbesar bagi dana kebajikan di mana tempat Ariana bekerja. Ketika majlis amal diadakan Ariana hadir bersama rakan sepejabatnya, Harith. Entah mengapa Tengku Adam cemburu melihat kemesraan mereka berdua.

Tengku Adam mula menyukai Ariana. Namun, perasaan benci Ariana pada Tengku Adam dituduh tidak pernah berubah. Cara Ariana melayan Tengku Adam juga ternyata berbeza jika dibandingkan dengan layanan yang diberikan kepada Harith yang jauh lebih mesra. Tengku Adam bertambah hilang pertimbangan apabila Ariana turut mesra dengan bekas sahabat baiknya, Ramzul.

Tengku Adam bermusuh dengan Ramzul kerana Tengku Adam tidak bertanggungjawab setelah mengandungkan adiknya, Liyana suatu ketika dahulu. Liyana juga kini kembali untuk mendapatkan cinta Tengku Adam semula. Liyana sanggup melakukan apa sahaja asalkan Tengku Adam hidup bersamanya. Liyana bertambah tidak keruan apabila cinta Tengku Adam pada Ariana makin mendalam.Tengku Adam pula rimas dengan kehadiran Liyana kerana baginya kewujudan Liyana membuatkan dia lebih jauh dari Ariana.

Sementara itu, Ariana pulang ke kampung setelah diminta oleh ibu bapanya. Ibu bapa Ariana telah merancang untuk menyatukan Ariana dengan pemuda pilihan mereka. Tengku Adam mendapat tahu Ariana akan disatukan mengikut pilihan keluarga. Tengku Adam tidak mahu kehilangan Ariana. Malah Tengku Adam yang selama ini penuh dengan sikap ego, sanggup melutut dan merayu kepada Ariana agar menerimanya sebagai suami.

Sinopsis Playboy Itu Suami Aku (PISA)

on 10 November 2013

Sinopsis Playboy Itu Suami Aku (PISA)

Sinopsis Playboy Itu Suami Aku (PISA) | Drama 'Playboy Itu Suami Aku' bakal menggantikan drama Love You Mr. Arrogant dan bakal bersiaran pada 11 November 2013 nantikan drama adaptasi novel "Playboy Itu Suami Aku". Lakonan Chacha Maembong (Fisya) , Fattah (King Adrian) dan Nur Risteena (Fina @ Afina Aulia).


"Playboy Itu Suami Aku"


SLOT: Akasia
LIVE: TV3
HARI: Setiap Isnin - Khamis
MASA: 7.00pm
MULA TAYANGAN: 11 November 2013
LAKONANDibintangi oleh Fattah Amin, Nur Risteena, Cha Cha Maembong, Wan Sharmila, Noralbaniah, Dilla Ahmad, Puteri Najuwa, Jay Iswazir, Khairil Anwar dan ramai lagi.
Lagu Tema/Lagu Latar Love You Mr. ArrogantRindukahlah - oleh Encik Mimpi
JUMLAH EPISODE: N/A

Sinopsis Drama Playboy Itu Suami Aku (PISA)


Playboy Itu Suami Aku’ mengisahkan Afina (Nur Risteena), seorang gadis lemah lembut dan sopan santun ditemukan jodoh dengan Adrian (Fattah Amin), seorang playboy. Afina mempunyai seorang adik kembar tidak seiras, Afisya (Cha Cha Maembong) ataupun Fisya yang suka bersosial dan merupakan salah seorang teman wanita kepada Adrian.

Pada awal perkenalan mereka, Afina disimbah dengan air lopak apabila Adrian membawa kereta mewahnya dengan laju. Adrian bukan sahaja tidak minta maaf malah dia tidak sekalipun memperlahankan keretanya. Raja Adrian Benjamin ataupun ‘King’ (King of Crocodile) sering membuatkan Afina panas hati.

Suatu hari, Afina dan Syaf (Wan Sharmila) menghantar tempahan bunga untuk digubah di rumah Puan Sri Zahida (Dilla Ahmad) bersempena dengan majlis hari jadi cucunya. Puan Sri Zahida tertarik dengan penampilan Afina yang sopan dan tidak meninggalkan solat, maka dia membuat keputusan mengejut untuk mengahwinkan Adrian dan Afina. Macam-macam kutukan dilemparkan oleh Adrian kepada Afina, Afina berasa amat malu dan segera minta diri.

Puan Sri bertegas bahawa Adrian tetap akan berkahwin dengan Afina walaupun apa yang terjadi kerana dia yakin Afina bakal menjadi seorang isteri yang solehah dan jauh lebih bagus daripada teman-teman wanitanya. Bapanya juga meletakkan syarat yang Adrian perlu berkahwin dengan Afina jika dia mahu menjadi CEO kepada syarikat mereka, Kiara Emas.

Akhirnya Afina dan Adrian berkahwin kerana masing-masing mempunyai agenda sendiri. Selepas kahwin, Afina cuba menawan hati suaminya tetapi Adrian tetap dengan sikap kaki perempuannya. Malah, Adrian membuat pengakuan di hadapan Afina bahawa dia tidak ingin mengahwini Afina tetapi dia terpaksa mengikut kehendak ibu bapanya kerana mahu menjadi CEO syarikat. Adrian juga berkata dia tidak akan jatuh cinta dengan perempuan seperti Afina. Walaupun dibenci oleh Adrian, Afina bertekad untuk memikat hati Adrian dan menjadi isteri yang taat. Apakah faktor yang menyebabkan Afina bertukar fikiran untuk mengahwini seorang playboy? Oleh kerana cintanya tidak diterima oleh Adrian, Afina telah menulis isi hatinya dan disimpankan dalam botol sebelum ditanam di sebuah tempat rahsia.

Fisya menyimpan dendam terhadap Afina kerana berkahwin dengan teman lelakinya yang juga merupakan jejaka idaman dalam kalangan wanita. Fisya semakin tidak puas hati apabila Afina masih menjadi isteri yang sah dan kelihatan bahagia. Maka, Fisya telah menggoda Nazri (Jay Iswazir) dan memintanya melakukan sesuatu jika ingin memilikinya. Nazri hanya menuruti apa yang disuruh oleh Fisya.

Afina terlibat dalam sebuah kemalangan dan koma. Selepas dia sedar, dia hilang ingatan dan menjadi penghidap amnesia. Afina menjadi bingung kenapa dia boleh berkahwin dengan seorang playboy. Adrian pula mengingatkannya tentang janji mereka bahawa mereka akan terus menyamar sebagai pasangan yang bahagia di hadapan ibu bapanya sehingga Adrian dilantik sebagai CEO. Fisya pula meninggalkan Malaysia untuk menyambung pelajaran di luar negara.

Selepas sedar dari koma, Afina berubah menjadi seorang yang lebih kasar dan berani melawan. Afina tidak lagi bersabar dengan karenah Adrian dan permintaan yang bukan-bukan daripadanya. Malah, Afina juga menuntut cerai. Mereka kerap kali bertegang urat dan saling membuli hingga memutikkan bunga-bunga cinta di taman hati masing-masing. Di saat Adrian bersedia membuka pintu hatinya dan mula mencintai Afina, Afina telah meninggalkan Adrian tanpa pesanan. Apakah kepulangan Fisya mengundang masalah dalam hidup Adrian dan Afina? Adakah Adrian masih sudi mempercayai cinta Afina dan mereka berdua akan kembali bersama?

Promo Drama Playboy Itu Suami Aku Slot Akasia TV3


Sinopsis Drama Aksi TV3 Bini-Bini Perkasa

on 3 September 2012


Sinopsis Drama Aksi TV3 Bini-Bini Perkasa | Bermula malam ini, anda boleh saksikan sebuah drama bersiri aksi komedi, “Bini-Bini Perkasa” yang diadaptasikan daripada filem Bini-Biniku Gangster. Ianya disiarkan setiap hari Isnin jam 9.00 malam menerusi slot Aksi TV3.

Drama bersiri 13 episod ini diterbitkan oleh MIG Production dan diarahkan oleh Ismail Bob Hashim masih mengekalkan pelakon asal filem iaitu Yana Samsudin dan Intan Ladyana serta menampilkan pelakon-pelakon popular seperti Fezrul Khan, Fadzil Zahari, Nizam Zaidi, Alex Yanz, Epy, Along Ezendy, Zul Suphian, Ruzaidi Abd Rahman, Zaidi Omar dan Afira Liyana.


Sinopsis Bini-Bini Perkasa | Mengisahkan tentang Manja (Yana Samsudin) yang terpaksa menolak lamaran Hairi (Fezrul Khan) kerana berasal dari keluarga gangster. Berkat usaha adik Manja, Eddie (Nizam Zaidi), akhirnya Manja dan Hairi berbaik semula dan berkahwin. Rumah tangga mereka mula bergolak apabila Din Unta (Fadzil Zahari) cuba membunuh ayah Manja untuk merampas kuasa. Manja terpaksa campur tangan.

Dari dulu Manja tidak suka dengan pekerjaan serta cara hidup ayahnya. Dia telah meninggalkan keluarganya dan membuka kedai bunga. Namun, atas amanat arwah ibunya, Manja bersetuju untuk kembali ke pangkuan keluarga demi menjaga ayah dan adik lelakinya, Eddie. Manja sering menyerahkan semua tugas kepada adiknya tetapi Eddie merupakan seorang lelaki yang berjiwa sensitif dan mudah tersentuh hatinya. Oleh itu, Manja terpaksa bertindak sebagai ketua dan bersiap sedia menentang musuh ayah dan adiknya.

Selepas ayah Manja diserang oleh Din Unta sehingga mengakibatkan dia koma, Manja bukan sahaja perlu berdepan dengan pelbagai masalah yang dicetuskan oleh Din Unta tetapi juga kemelut rumah tangganya apabila Hairi tidak memahami keadaannya. Hairi bersikap dingin terhadap Manja kerana kecewa dengan penglibatan Manja dalam kegiatan gangster dan juga kemungkinan yang Manja mandul.

Demi cintanya pada Hairi, Manja telah melamar Riana (Intan Ladyana) untuk menjadi isteri kedua kepada suaminya. Manja berharap Riana mampu memberi zuriat kepada Hairi, sekaligus menyelamatkan kemelut perkahwinan mereka. Riana yang berperwatakan lembut merupakan seorang feminis yang selalu mahu membuktikan kemampuan dirinya yang boleh bersaing dengan abangnya, Ringgo.

Riana menganggap ayahnya lebih menyayangi anak lelaki dan tidak mempercayai kebolehannya. Apa yang Riana tidak tahu adalah sebenarnya ayahnya terlibat dalam kegiatan gangster dan merupakan musuh ketat kepada ayah Manja. Riana yang pada mulanya menurut arahan ayahnya untuk mendekati Hairi akhirnya jatuh hati dengan sikap penyayang Hairi.

Din Unta mula goyah dengan pengaruh Manja dan semakin terdesak untuk menghapuskannya. Akhirnya, Din Unta bersubahat dengan Ringgo untuk menculik Hairi. Apakah yang akan berlaku seterusnya? Jangan ketinggalan untuk menyaksikan “Bini-Bini Perkasa” menerusi slot Aksi, bermula 3 September 2012 setiap hari Isnin jam 9.00 malam bagi mengetahui kesudahannya.

'Gangster Celop' Bakal Cetus Fenomena

on 13 July 2012

Assalamualaikum dan salam 1Dunia...

Gangster Celop
Kredit gambar kepada Media Hiburan Karangkraf

'Gangster Celop' Bakal Cetus Fenomena


Entah apa nak cakap dah, makin banyak punya filem yang berunsurkan aksi dan gengster nie. Apa di Malaysia nia banyak sangatkah dah ganster-gangster ? Apa-apa pun filem ini merupakan buah tangan baru dari dua produksi terkemuka tanahair yang julung kalinya bergabung dan yang pastinya gandingan ini akan mencetuskan fenomena dalam dunia perfileman. Skop Productions dan Excellent Pictures bakal bersatu menghasilkan sebuah filem berjudul 'Gangster Celop'.

Barisan Pelakon Gangster Celop


Membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Syamsul Yusof, Kamal Adli, Yus Jambu, Azad Jazmin, Reen Rahim serta pelakon baru Hanis Zalikha, filem ini dijangka mencetuskan fenomena baru dalam industri perfileman negara.

Sinopsis Filem Gangster Celop


'Gangster Celop' berkisar mengenai dua orang bekas gangster iaitu Aman (Kamal Adli) dan Adam (Syamsul Yusof) yang baru selesai menjalani hukuman penjara selama lima tahun yang bertekad untuk menjadi insan yang lebih baik. Namun mereka dikehendaki menjaga anak kepada Mat Jambu (Yus Raja Lawak), seorang ketua gangster yang pernah melindungi mereka dahulu iaitu Suzana (Hanis Zalikha) yang baru pulang dari luar negara untuk memulakan perniagaan. Semua menjadi huru-hara apabila mereka terlibat dalam konflik antara Mat Jambu dan Mat Cirit (Azad Jazmin) yang merupakan musuh sekian lama.

Ingin tahu kesudahan kisah mereka ?

Nantikan tayangan filem 'Gangster Celop' pada pertengahan tahun 2013


p/s: Hanis Zalikha seorang blogger pun dah jadi pelakon erk... terbaiklah... tak sabar nak tunggu nie... Macam mana Hanis berlakon dalam film gangster nie erk... 

Filem Kepong Gangster Saingi KL Gangster 2

Betulkah filem Kepong Gangster boleh menyaingi KL Gangster 2 ? Satu kejutan apabila mendengar filem berjudul “Kepong Gangster” akan ditayangkan di pawagam kelak.

Kepong Gangster

Sinopsis Kepong Gangster


Filem ini bukanlah parodi KL Gangster ataupun hanya sekadar filem pendek tapi ia merupakan sebuah filem arahan pengarah bernama Teng Bee. Ia mengisahkan tentang kehidupan lima orang pelajar yang telah menyertai kongsi gelap sejak dari zaman sekolah lagi. Hidup mereka jadi kucar-kacir dan sentiasa ada pergaduhan di kawasan tempat tinggal mereka yakni Kepong.

Keseluruhan filem ini agak berkualiti, dan filem ini adalah seratu peratus filem Cina. Anda semua pasti tidak mahu ketinggalan untuk menonton filem ini. Filem ini bakal ditayangkan di pawagam pada bulan September 2012 ini.

Trailer filem 'Kepong Gangster'

Berani Punya Budak (2012) DVDRip

on 25 May 2012

Berani Punya Budak (2012) DVDRip 550MB


Sinopsis: Shuhami Abdullah/Tong (Afdlin Shauki) baru sahaja tiba di lapangan terbang, namun dia telah ditangkap oleh pihak Interpol & disoal siasat kerana disyaki terlibat dengan kegiatan gangster Thailand. Di sini, Shuhaimi berceritakan mengenai kehidupan abang iparnya. Pairot, kembali semula menjalani kehidupan normal selepas keluar daripada penjara dan dia menguruskan restoran bersama iparnya, Tong. Kemudian, satu hari Pairot mendapat satu panggilan untuk melaksanakan tugas terakhir, iaitu mencuri data peribadi pelanggan daripada sebuah syarikat kad kredit.

Pairot telah dipaksa untuk melakukan kerja tersebut setelah pemanggil menculik Tong dan mengugut untuk membunuh dia sekiranya kerja itu tidak dapat diselesaikan. Pairot terpaksa melakukan kerja itu dan berjaya melepaskan Tong. Namun, perkara tersebut menjadi kucar kacir apabila Pairot telah dikenalpasti sebagai penjenayah & diburu oleh pihak polis serta Metropolitan Mafia.

Mereka berdua berjaya melepaskan diri dan bercadang untuk menjumpai timbalan presiden syarikat kad kredit untuk memaklumkan bahawa Pairot tidak bertindak atas kehendak sendiri. Walau bagaimanapun, semakin lama mereka semakin terperangkap dengan situasi ini, dan ia melibatkan konspirasi yang telah dirancang lebih awal. Adakah mereka berjaya menyelesaikan masalah tersebut?

INFO:

Release Date: 26 April 2012 | Country: Malaysia | Language: Malay | Genres: Action, Comedy | Subtitle: None | Size: 450MB Mini Mkv,280MB Rmvb | Quality: DVDRip – Karl
IMDB Link: http://imdb.com/title/tt2145748/

DOWNLOAD:

Mini MKV FILE


HulkShare


JumboFile



RMVB FILE


HulkShare


JumboFile


Sinopsis Dan Movie Trailer ADNAN SEMPIT 2

on 12 February 2012

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...



SINOPSIS DAN MOVIE TRAILER ADNAN SEMPIT 2 | Adnan Sempit 2 mengisahkan hubungan ADNAN dan NADIA selepas berjaya mengharungi pelbagai rintagan dan halangan dalam menjayakan hubungan mereka. Ayah Nadia, DATUK ISNIN tidak merestui hubungan mereka dan meletakkan syarat yang mana dalam masa 30 hari, Adnan haruslah boleh bertutur dalam bahasa Ingeris dan merubah penampilan dirinya. Adnan yang mengalami kesusahan untuk berubah meminta bantuan BOBBY untuk mengajar dan mengubahnya. Bobby selaku kawan baik Adnan sanggup menolong Adnan.


Hubungan diantara Bobby dan WAWA juga mengalami masalah yang mana Wawa mula merasakan yang Bobby langsung tidak berubah dan tidak berusaha demi hubungan mereka. Perkara yang sama berlaku kepada Adnan dan Nadia. Datuk Isnin cuba untuk mensabotaj usaha Adnan untuk berubah dengan menghantar FENDI, sepupu Nadia untuk menggoda Adnan dan membuat Nadia merasa sangsi dengan kejantanan Adnan. Rancangan Datuk Isnin berjaya dan Nadia mula menjauhkan diri daripada Adnan. Adakah Adnan dan Nadia akan bersatu? Mampukah Wawa dan Bobby mempertahankan cinta mereka? Adakah Adnan mampu bercakap dalam bahasa Inggeris? BARISAN PELAKON ADNAN SEMPIT 2 | Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Yana Samsudin, Along Cham


MOVIE TRAILER ADNAN SEMPIT 2

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved