Sinopsis Drama Ariana Rose - Akasia TV3

on 28 December 2013

Sinopsis Drama Ariana Rose - Akasia TV3 | Drama bersiri terbaru yang diadaptasi dari novel The Wedding Breaker karya Evelyn Rose akan menemui penonton di Slot Akasia TV3 mulai 30 Disember 2013. Siaran drama Ariana Rose akan disiarkan pada setiap hari isnin hingga khamis pada jam 7.00 malam di slot akasia TV3.

"Ariana Rose"

SLOT : Akasia
LIVE : TV3
HARI : Setiap Isnin - Khamis
MASA : 7.00pm
MULA TAYANGAN : 30 Disember 2013
LAKONAN : Keith Foo (Datuk Wira Tengku Adam Kamil), Nur Fathia (Ariana Rose), Hisyam Hamid (Harith), Arja Lee (Ramzul), Nabila Huda (Liyana), Syatilla Melvin (Sophie), Tasha Shilla (Tengku Juwita), Ziela Jalil (Datin Asra), Jalaluddin Hassan (Datuk Wan Jusoh), Mustapha Kamal (Tan Sri Tengku Mukhriz), Liza Abdullah (Puan Sri Lisdania). Dayana Amerda (Amalina), Atikah Suhaime (Tasha), Anne Abdullah (Mak tiri Ariana), Jasmin Hamid (Tengku Marsela), Rahim Omar (Tengku Sudin), Wan Sharmila (Linda)
Lagu Tema/Lagu Latar Ariana Rose : -
JUMLAH EPISODE : N/A

Sinopsis Drama Ariana Rose

Sinopsis Drama Ariana Rose - Akasia TV3ARIANA ROSE mengisahkan tentang Ariana Rose yang telah menyamar sebagai kekasih Tengku Adam ketika di majlis pernikahan Tengku Adam dan Tengku Juwita. Ariana bersetuju untuk berlakon kononnya dia sedang mengandungkan anak Tengku Adam demi membantu sahabat baiknya, Tengku Juwita agar perkahwinan itu gagal diteruskan. Tengku Juwita sememangnya tidak mahu bersama dengan Tengku Adam yang terkenal dengan sikap kaki perempuan.

Pengakuan palsu Ariana itu ternyata telah memporak-perandakan majlis itu dan perkahwinan Tengku Adam dan Tengku Juwita juga dibatalkan. Bukan reputasi Tengku Adam sahaja di pandang rendah malah maruah keluarga Tengku Adam turut tercalar. Tengku Adam berang dengan keadaan yang berlaku kerana dia memang tidak mengenali Ariana. Jadi, Tengku Adam mengupah pengintip upahan untuk menyiasat siapakah wanita yang telah melakukan pembohongan di majlisnya.

Setelah berjaya mendapat maklumat tentang Ariana, Adam nekad untuk menculik Ariana dan membawa gadis itu ke Cameron Highlands. Tengku Adam cuba untuk memerangkap Ariana dengan memaksa Ariana membuat pemeriksaan kehamilan. Namun, Ariana tetap bertegas dengan mengatakan Tengku Adam adalah bapa kepada anaknya kerana Ariana telah berjanji dengan Tengku Juwita untuk menyimpan rahsia mereka berdua walau apa pun terjadi.

Tengku Adam masih tidak berpuas hati. Kemudian dia terpaksa menggunakan cara kotor dengan meragut kesucian Ariana. Ariana menyesal dan akhirnya mengakui kebenarannya. Ariana mula membenci Tengku Adam dan sejak itu dia tidak pernah lagi bertemu lelaki yang telah memperkosanya.

Selepas 2 bulan kejadian itu berlaku, Ariana meneruskan kehidupannya dengan melakukan kerja-kerja amal. Tanpa disangka, Tengku Adam adalah penyumbang terbesar bagi dana kebajikan di mana tempat Ariana bekerja. Ketika majlis amal diadakan Ariana hadir bersama rakan sepejabatnya, Harith. Entah mengapa Tengku Adam cemburu melihat kemesraan mereka berdua.

Tengku Adam mula menyukai Ariana. Namun, perasaan benci Ariana pada Tengku Adam dituduh tidak pernah berubah. Cara Ariana melayan Tengku Adam juga ternyata berbeza jika dibandingkan dengan layanan yang diberikan kepada Harith yang jauh lebih mesra. Tengku Adam bertambah hilang pertimbangan apabila Ariana turut mesra dengan bekas sahabat baiknya, Ramzul.

Tengku Adam bermusuh dengan Ramzul kerana Tengku Adam tidak bertanggungjawab setelah mengandungkan adiknya, Liyana suatu ketika dahulu. Liyana juga kini kembali untuk mendapatkan cinta Tengku Adam semula. Liyana sanggup melakukan apa sahaja asalkan Tengku Adam hidup bersamanya. Liyana bertambah tidak keruan apabila cinta Tengku Adam pada Ariana makin mendalam.Tengku Adam pula rimas dengan kehadiran Liyana kerana baginya kewujudan Liyana membuatkan dia lebih jauh dari Ariana.

Sementara itu, Ariana pulang ke kampung setelah diminta oleh ibu bapanya. Ibu bapa Ariana telah merancang untuk menyatukan Ariana dengan pemuda pilihan mereka. Tengku Adam mendapat tahu Ariana akan disatukan mengikut pilihan keluarga. Tengku Adam tidak mahu kehilangan Ariana. Malah Tengku Adam yang selama ini penuh dengan sikap ego, sanggup melutut dan merayu kepada Ariana agar menerimanya sebagai suami.

Ranking: 5

{ 2 Comments... read them below or add one }

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved