Betulkah Lisa Surihani Akan Berhenti Berlakon ?

on 28 May 2012


Siapa yang tak kenal dengan pelakon yang manis dan cun nie. Bukan saja itu Lisa juga cantik dan sebab itulah Yusry KRU terpikat dekat Lisa nie. Selepas berkahwin dengan Yusry KRU, Lisa tidak henti-henti dihujani dengan tawaran lakonan. Betul kata orang, selalunya bila lepas kahwin ini, rezeki melimpah-ruah.

Terkini, Lisa baru saja selesai menjalani penggambaran untuk filem terbarunya, “Dendam Orang Mati” dan akan memulakan sesi penggambaran terbaru untuk sebuah drama bersiri berjudul “Di Manakah Juwitaku”.

Lisa ketika ditemui GUA telah memberikan kenyataan bahawa berkemungkinan besar, drama ini akan menjadi drama terakhirnya. Namun begitu, Lisa dalam kenyataannya berkata bahawa dia akan terus berlakon filem jika ada tawaran yang diberikan.

“Kemungkinan selepas drama ini, ia akan menjadi drama siri saya yang terakhir. Saya hanya mahu buat filem dan itupun saya akan lebih memilih. Saya hormat orang yang buat drama siri sebab ia memerlukan komitmen yang tinggi serta tuntutan masa yang lama.” – Lisa Surihani, dipetik dari GUA.

Lisa turut menafikan bahawa ini bukanlah atas kehendak suaminya, Yusry KRU, tetapi adalah atas kehendak dirinya sendiri.

“Ini bukan atas permintaan Yusry kerana dia sendiri lagi menyokong dan menggalakkan Lisa berlakon. Ini adalah atas keputusan Lisa sendiri kerana Lisa pun nak menjalankan tanggungjawab sebagai isteri juga. Walau bagaimanapun, tengok pada keadaan dan rezeki. Jika sudah tertulis untuk buat, saya akan jalankan tanggungjawab saya.”


p/s: Saya sokong dengan keputusan yang Lisa buat dan ini merupakan satu tindakan yang amat berani walaupun kini Lisa berada di puncak kariernya. Apa-apa pun saya ucapkan semoga lisa berbahagia bersama Suami tercinta. 

Sumber : GUA


Ranking: 5

{ 3 Comments... read them below or add one }

  1. Rasanya kalau beliau berhenti berlakon tidak ada masalah. Lagi pun beliau masih boleh dengan aktiviti belakang takbir.

    ReplyDelete
  2. @akubiomed Betul tu abng Biomed... biasalah tanggungjawab sebagai isteri memang besar juga... keputusan itu terletak kpd Lisa juga... Apa2 pun semoga Lisa bahagia bersama Suami tercinta... >.<

    ReplyDelete
  3. satu je nk cakap..die ni comel..huhuh

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved