Apabila Allah S.W.T. menghendakkan sesuatu itu terjadi maka ianya akan terjadi. Begitulah apa yang terjadi kepada seekor ayam sabung kacukan selasih yang masih hidup walaupun sudah sembilan hari disembelih oleh seorang penduduk kampung sekitar kawasan Bukit Raya, Pendang.
Memang ajaib bukan kejadian tersebut sehinggakan ada orang yang sanggup hendak membeli ayam tersebut dengan nilai yang sangat besar iaitu RM10,000. Nak buat apa beli ayam semahal itu ? pasti ada tujuan yang tertentulah nak dibuatnya tu. Mungkin saja nak disalahgunakan untuk tujuan khurafat. Saya tak tuduh tapi itu cuma spekulasi saja. heheheh...
Di sini ada sedikit gambar untuk tontonan kamu semua. Kredit untuk Sinar Harian
Oon melihat keadaan ayam itu sebelum disembelih sekali lagi sambil diperhati
Esomuddin.
|
Beginilah keadaan leher ayam berkenaan
selepas disembelih sembilan hari.
|
{ 0 Comments... read them below or add one }
Post a Comment