Saya tengok makin ramai artis-artis dah masuk politik. Dah bertukar angin kah ? Tapi yang pasti mereka punya hak masing-masing untuk memilih untuk memasuki bidang apa sekalipun, parti politik apa sekalipun Tak kiralah parti pembangkang atau kerajaan. Kita tak ada hak untuk mempersoalkan pilihan mereka.
Hari ini Amy Serch, Mus May dan Ibnor Riza menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Setiausaha Kerja UMNO Pusat, Datuk Ab Rauf Yusoh. So, ketiga-tiga artis akan menjadi anggota UMNO Cawangan Dataran Merdeka, Bahagian Bukit Bintang. Untuk makluman kamu semua, terdapat juga beberapa artis lain yang sudah pun menjadi ahli UMNO sebelum ini iaitu Tan Sri Jins Shamsuddin dan Jama Abdillah.
Antara kata-kata Amy Search dalam sidang media kemasukannya ke UMNO ialah :-
“Hanya Umno sahaja yang mampu membuat rakyat kembali bersatu. Saya lihat Umno merupakan sebuah parti yang mampu menjamin masa depan negara dan rakyat melalui segala usaha yang dilakukan pemimpin-pemimpinnya,”
“Bagi saya, jika nak perjuangkan agama tidak semestinya menyertai PAS. Umno juga memperjuangkan agama, dan dalam pentadbiran, Umno juga tidak mengetepikan golongan ulama. Jika nak perjuangkan agama, bagi saya tidak semestinya sokong parti yang ahlinya berjubah sahaja,”
Nampaknya semakin ramai artis-artis kita yang dah masuk politik nie. Saya tak pandai sangat nak berbincang atau berhujah bab-bab politik nie. Oleh itu, saya tak naklah tulis panjang-panjang.
Kredit Info :- mStar
macam-2 dunia
ReplyDelete