Berita Terkini Laporan Kematian di Kampung Sri Jaya Semporna Sabah

on 3 March 2013

Berita Terkini Laporan Kematian di Kampung Sri Jaya Semporna Sabah | Dilaporkan seorang lagi anggota keselamatan negara terkorban, kali ini dalam pertempuran dengan kumpulan penceroboh di kampung Selamat, Semporna, Sabah iaitu kira-kira 150 kilometer dari Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, Lahad Datu malam tadi.

Berita Terkini Laporan Kematian di Kampung Sri Jaya Semporna Sabah

Menurut sumber polis, pertempuran yang berlaku pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan seorang anggota cedera. Difahamkan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Lahad Datu dan Tawau telah digegaskan ke sana bagi memberi bantuan.

Difahamkan penceroboh merancang menyerang Balai Polis Lahad Datu. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu namun enggan mengulas lanjut kerana identiti kedua-dua anggota keselamatan itu belum dikenal pasti. - melvister.com -

Dua anggota polis ditembak dan cedera dalam insiden tembakan yang dilakukan oleh kumpulan bersenjata di Pulau Simunul pada pukul 7 petang Sabtu

Ketua Polis Sabah, Datuk Hamzah Taib berkata sepasukan anggota polis telah pergi ke pulau berkenaan untuk mencari beberapa individu ekoran laporan yang kumpulan berkenaan memiliki senjata api

Anggota polis memasuki kampung itu dan sedang berjalan di atas papan titi gantung apabila mereka tiba-tiba ditembak dan menyebabkan dua daripada anggota kita cedera

Buat masa ini, kami percaya insiden ini tidak ada kaitan dengan keadaan yang berlaku di Lahad Datu,” katanya,” kata Hamzah

Jelasnya, kejadian itu telah menyebabkan orang Semporna dan Tawau menjadi takut apabila kumpulan bersenjata itu menyerang pasukan keselamatan

Berita Terkini Laporan Kematian di Semporna Sabah

Beliau turut menafikan mana-mana balai polis di daerah itu telah diserang oleh kumpulan bersenjata berkenaan.

Menurut Hamza setakat ini belum ada tangkapan dibuat berhubung kejadian tembakan itu dan polis masih menyiasat suspek yang bertanggungjawab -Bernama

 Terkini media melaporkan dua anggota polis terbunuh dan dua cedera parah dalam insiden yang berlaku ini. - Sumber -

Update Terkini: 11.18 pagi 

LAHAD DATU - Tiada Perintah Berkurung di Semporna

Pesuruhjaya Polis Sabah Dato' Hamza bin Taib, menafikan khabar angin mengenai perintah berkurung di Semporna. Orang ramai diminta tidak menyebarkan sebarang khabar angin melalui mana-mana plaform komunikasi termasuk media sosial, sms dan sebagainya. Perbuatan ini hanya akan mengeruhkan keadaan. - Sumber -

Update Terkini: 11.26 pagi

SEMPORNA: DUA ANGGOTA KESELAMATAN TERKORBAN DI SERANG HENDAP

KUALA LUMPUR, 3 Mac - Dua anggota pasukan keselamatan terkorban dalam serang hendap di Kampung Seri Jaya Siminul, Semporna, Sabah petang semalam, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.

Beliau berkata dua anggota pasukan keselamatan itu yang sedang membuat serbuan di perkampungan atas air itu telah ditembak oleh sekumpulan orang yang tidak dikenali pada pukul 6.30 petang semalam.

Beliau bagaimanapun tidak memberi maklumat terperinci mengenai identiti anggota keselamatan yang terbunuh itu semasa ditemubual secara langsung melalui panggilan telefon dengan stesen televisyen TV3 dalam program 'Malaysia Hari Ini' di sini pagi ini.

Hamza berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan sama ada kumpulan penyerang yang kurang daripada 10 orang itu mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh bersenjata di Lahad Datu yang mendakwa sebagai tentera Kesultanan Sulu dari Filipina.

Menyentuh mengenai kumpulan penceroboh itu, Hamza berkata mereka terhad di Kampung Tandou, Lahad Datu dan telah dikepung oleh pasukan keselamatan negara.

Beliau juga menegaskan keselamatan di Lahad Datu dan di Sabah, adalah terkawal dan menasihati penduduk di negeri itu supaya tidak mendengar khabar angin dan mereka boleh menghubungi ketua polis daerah di negeri ini untuk mendapatkan pengesahan. - BERNAMA

Update Terkini : 1.30 Petang

LIMA POLIS TERKORBAN DALAM SERANG HENDAP DI SEMPORNA.

Seorang pegawai dan empat anggota polis terkorban dalam serangan hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna, Sabah semalam, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pada sidang akhbar di Lahad Datu hari ini.

Sementara dua dari kumpulan bersenjata turut terbunuh, katanya.- BERNAMA

Update Terkini: 3.22 petang

LAHAD DATU - OPS SULU 

Sidang Media oleh YDH Ketua Polis Negara 3 Mac 2013 (Ahad), menyatakan bahawa dalam OPS SULU ini terdapat 3 kejadian iaitu yang pertama kejadian di Kampung Tanduo, Lahad Datu di mana keadaan terkawal dan penceroboh berada dalam kepungan pihak keselamatan kita, PDRM dan ATM berkerjasama untuk menamatkan konflik ini. Setakat ini polis telah berjaya menangkap 3 penceroboh yang cuba melepaskan diri dari kepungan polis di Kampung Tanduo.

Kejadian kedua ialah yang berlaku di daerah Kunak di mana maklumat diterima terdapat satu pendaratan penceroboh di antara Kg. Lormalong dan Kg. Dasar Lama. Seramai 10 orang disyaki orang asing, 3 daripadanya bersenjata dan kini bersembunyi di sebuah rumah. VAT 69 telah dihantar untuk "ground assesment" dan bertindak.

Seterusnya kejadian ke 3 pula berlaku pada 2 Mac 2013 jam 1830hrs. Di mana sepasukan anggota polis telah diserang hendap oleh suspek dengan menggunakan senjatapi sewaktu mereka membuat serbuan di kampung Sri Jaya Simunul, Semporna. Serbuan tersebut telah dijalankan berikutan maklumat diterima dimana penjenayah ini dipercayai berada dikawasan tersebut dan mempunyai senjatapi.

Dalam serbuan itu, dipercayai 5 orang pegawai/anggota polis terkorban manakala dipihak penceroboh 2 orang terkorban. Berikutan insiden ini pihak polis juga telah mengepung kawasan sekitar di mana penceroboh ini bersembunyi. Butir-butir lengkap pegawai/anggota polis yang terkorban belum dapat didedahkan buat masa ini bagi menghormati keluarga mangsa.

YDH Ketua Polis Negara memberi nasihat kepada orang ramai supaya jangan merasa cemas dan panik serta jangan mendengar khabar angin dan berita yang tidak berasas. Jika merasa ragu-ragu orang ramai bolehlah menghubungi pihak polis di balai berdekatan atau melayari laman website facebook PDRM Sabah.

Setakat ini tidak ada perintah berkurung diistiharkan di mana-mana daerah di Negeri Sabah. - Sumber -

Update Terkini: 7.00 malam

KEDUDUKAN ANGGOTA PASUKAN KESELAMATAN DIPERKUKUH DAN BERSEDIA

Lahad Datu, 3 Mac - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menegaskan bahawa keselamatan di Sabah terutama di tiga lokasi berlaku pencerobohan kumpulan bersenjata adalah terkawal.

"Saya juga telah memanggil Panglima Angkatan Tentera (Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin) untuk mengukuhkan kedudukan dengan mengambil kira apa yang berlaku di tiga lokasi itu.

"Mereka juga dalam keadaan bersedia untuk tindakan selanjutnya," katanya pada sidang akhbar di Residental Felda Sahabat kira-kira 130 kilometer dari sini. 

Beliau merujuk kepada tiga situasi iaitu penahanan tiga anggota penceroboh yang cuba keluar dari kawasan kepungan pasukan keselamatan di Kampung Tanduo, lima anggota polis mati ditembak di Kampung Seri Jaya Simunul di Semporna dan laporan pencerobohan 10 lelaki di Kampung Lumalong dan Kampung Dasar Lama di Kunak.

Hadir sama pada sidang akhbar itu ialah Zulkifeli, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid dan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.

Ismail meminta orang ramai agar jangan mempercayai khabar angin dan berita yang tidak disahkan oleh polis tentang apa yang berlaku di negeri ini.

Beliau berkata orang ramai tidak perlu membuat andaian melainkan disahkan pihak berkuasa terutama jika berdasarkan laporan di media sosial dan komunikasi lain.

Ismail sekali lagi menegaskan bahawa sehingga hari ini polis tidak pernah mengeluarkan perintah berkurung kepada penduduk di negeri ini.

Beliau turut memberi jaminan keselamatan kepada pelancong yang ingin datang ke negeri ini untuk bercuti. Sementara itu, Zulkifeli dalam sidang akhbar sama berkata penduduk di negeri ini terutama masyarakat setempat di daerah ini tidak perlu bimbang kerana situasi adalah terkawal dan pihaknya berkerjasama rapat dengan polis dalam menangani situasi keselamatan.

"Saya dan Ketua Polis Negara telah merancang sesuatu dan kami boleh tangani situasi ini dengan kawalan keselamatan yang ketat," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta supaya penduduk di daerah ini, Semporna dan Kunak menjalani kehidupan seperti biasa.

Zulkifeli berkata bagi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap tahap keselamatan mereka, dua lagi batalion tambahan tentera dihantar hari ini dan ditempatkan di beberapa kawasan di kawasan pantai timur negeri ini.- BERNAMA

Update Terkini: 10.30 malam

Terkini- Sidang Media YDH KPN mengesahkan Seorang Lagi Anggota Terkorban Dalam Serbuan Di Kg Sri Jaya Semporna Sabah utk menjadikan Semua 8 Anggota Keselamatan Terkorban, KPN turut Sahkan operasi Di Kg Sri Jaya Selesai dan Pihak Polis turut mengambil langkah berjaga-jaga untuk sebarang kemungkinan.

Untuk Rekod- 6 penceroboh Maut dan 7 berjaya Di tahan..

Update Terkini: 10.55 malam

Penduduk Kg Senallang Lama, Semporna, Sabah memukul sehingga mati seorang penceroboh bersenjata M-16..

Askar Penceroboh mati dipukul penduduk kampung

Update Terkini: 11.31 malam

1 mayat polis ditemui, 19 anggota berjaya dibawa keluar: KPN

LAHAD DATU: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata polis berjaya menyelesaikan kes serangan hendap terhadap anggotanya di Kampung Seri Simunul, Semporna kira-kira jam 7 petang, semalam.

"Pasukan kita berjaya membawa keluar 19 anggota yang berada di kawasan perkampungan itu dan menemui mayat seorang anggota polis menjadikan jumlah keseluruhan anggota kita yang terkorban kepada enam orang.

"Turut ditemui enam mayat yang belum dikenal pasti identitinya tetapi mungkin adalah musuh kita," katanya pada sidang media di sini, malam tadi.

Ismail berkata, pihaknya akan menghubungi keluarga anggota mangsa yang terkorban untuk memaklumkan perkara itu terlebih dulu sebelum mengumumkannya kepada pihak awam dan media.

"Saya mewakili Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengucapkan takziah kepada keluarga anggota yang terkorban," katanya.- Berita Harian Online

Update Terkini: 11.36 malam

Berita yang penulis baru dapat tentang nama-nama anggota polis yang terbunuh di Semporna iaitu sebanyak lima orang adalah seperti di bawah:

Ketua Polis Negara dan isteri serta seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan salam takziah kepada keluarga 6 pegawai dan anggota PDRM yang terkorban dalam satu serang hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Semporna. Mereka yang terkorban adalah:

1. Supt Ibrahim bin Lebar, Caw Khas, Bukit Aman.
2. ASP Micheal Padel, Caw Khas, IPD Semporna
3. Sjn/D Baharin bin Hamit, Caw Khas, IPK Sabah
4. Sjn Aziz bin Sarikun, BN 14 PGA Tawau
5. Kpl/S Salam bin Togiran, IPD Tawau
6. L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran, BN 14 PGA Tawau

Al-fatihah.Semoga roh wira-wira negara ini ditempatkan di kalangan orang beriman dan dicucuri rahmat.

Kepada ahli keluarga mendiang, diharap bersabar menerima kehilangan ini dan sesungguhnya seluruh pasukan turut menangisi pemergian beliau.

#Al-Fatihah kepada semua prajurit-prajurit yang terkorban... Salam takziah dari penulis...

Sementara itu...website² Filipina telah digodam oleh hacker Malaysia.. boleh dilihat di SINI...

Update Terkini: 11.53 pagi (4 Mac 2013)

Keadaan dilapor tenang di Kampung Sri Jaya Siminul, Semporna dan Lahad Datu. Pasukan keselamatan juga menasihatkan penduduk, yang masih tinggal di perkampungan itu, supaya mengambil langkah berjaga-jaga.

Keadaan di bandar Semporna pula tetap aman dan terkawal meskipun ia agak lengang berbanding situasi biasa. Sementara itu, suasana di Lahad Datu juga dilaporkan tenang.
Apa-apa perkembangan akan diupdate dari semasa ke semasa...

Update Terkini 12.10 t/hari (4 Mac 2013)

Jenazah 5 anggota Polis yang terbunuh di Semporna sedang disembahyangkan di surau Ibu Pejabat Polis Tawau pagi tadi.

Mari kita sama sama sedekahkan Al-fatihah.. Al-fatihah.. hanya doa yang dapat kita panjatkan, semoga di golongkan di kalangan orang beriman. Terima kasih atas jasa dan pengorbananmu pertahankan kedaulatan negara khasnya sabah, bumi kelahiran ku.. Amiiinn ya rabbil alamin, moga roh mereka d cucuri rahmat...


Sumber gambar : Ares Arapa

Update Terkini: 12.40 t/hari (4 Mac 2013)

Jenazah Anggota Polis Terkorban Dihantar Balik

MAKLUMAT TERKINI: Adalah dimaklumkan bahawa penerbangan dan pergerakan membawa pulang jenazah enam pegawai dan anggota polis yang terkorban dalam serang hendap di Semporna. Masa ketibaan dijangka seperti berikut:

Tarikh: 04 Mac 2013
1. Supt Ibrahim bin Lebar
2. L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran
Masa: 6.00 petang
Tempat: Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang.

3. ASP Micheal Padel
Masa:5.30 petang
Tempat: Lapangan Terbang Antarabangsa, Kuching

4. Sjn/D Baharin bin Hamit
Masa: 2.00 petang
Tempat: Lapangan Terbang Terminal 2, Kota Kinabalu

5. Sjn Abd Aziz bin Sarikun
Masa : 10.00 pagi (van jenazah)
Tempat: Semporna

6. Kpl/S Salam bin Togiran Masa: 10.30 pagi (van jenazah) Tempat: Batu 15, Tawau. Pegawai polis yang masih menjalani rawatan di Hospital Tawau adalah Insp Mohamad Hasnal bin Jamil yang mengalami kecederaan di kedua-dua belah tangan dan di beberapa bahagian badan. Walau bagaimanapun, keadaan beliau dilaporkan stabil.

Update Terkini: 7.00 pagi (5 Mac 2013) -  Terkini Tentera Serang Penceroboh Di Kampung Tanduo

Berita terkini tentera ATM serang penceroboh Sulu di Kampung Tanduo. Pasukan keselamatan lancar serangan jam 7 pagi ini terhadap kumpulan penceroboh di Kampung Tanduo, Lahad Datu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam satu kenyataan sebentar tadi.


Sejak pukul 7 pagi pasukan tentera mula menggempur kedudukan musuh di sekitar Kampung Tanduo, Lahad Datu. Letupan kuat mula kedengaran di sana sini. Ia disusuli dengan kehadiran jet pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Update Terkini 9.35 pagi (5 Mac 2013)

Penduduk Kampung Sungai Merah meninggalkan kediaman mereka dengan menaiki lori, dengan hampir seratus orang memenuhi setiap kenderaan.


Update Terkini 10.01 pagi (5 Mac 2013)

Stesen radio Filipina dzBB melaporkan bahawa Abraham Idjarani, jurucakap kesultanan Sulu, berkata Azzimudie Kiram, adik sultan yang mengetuai pencerobohan itu, mengesahkan jet pejuang telah menggugurkan sekurang-kurangnya dua butir bom. Bagaimanapun, Idjirani mendakwa bom mengenai kedudukan penduduk Malaysia dan bukan kumpulan Azzimudie.

Update Terkini 10.22 pagi (5Mac 2013)

Pasukan keselamatan telah melancarkan serangan habis-habisan ke atas penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo menerusi udara dan darat, kata sumber tentera. Katanya, ia dimulakan dengan serangan udara menggunakan pesawat F-18D, Honet dan Hawk selain mortar, kenderaan berperisai APC dan mopping.

Update Terkini 10.34 pagi (5 Mac 2013)

Sumber keselamatan memberitahu, laporan sehingga kini mengesahkan tiada sebarang kecederaan di kalangan anggota pasukan keselamatan yang menjalankan serangan ke atas penceroboh di Lahad Datu


Update Terkini 10.46 Pagi (5 Mac 2013)

Serangan udara dihentikan sebentar tadi dan kini disusuli operasi darat pasukan keselamatan di lokasi persembunyian penceroboh besenjata di Kampung Tanduo. Sementara itu, satu sidang media mengenai operasi serangan ke atas kumpulan penceroboh dari Selatan Filipina itu dijadual diadakan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, di Hotel Residen Felda Sahabat, jam 11 pagi ini. - melvister.com -

Update Terkini 11.24 pagi (5 Mac 2013)

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata operasi masih berjalan dan pihak keselamatan yang terdiri daripada anggota PDRM dan tentera mendapat tentangan dalam bentuk beberapa das tembakan yang dilepaskan oleh pihak musuh. Katanya, ketika ini pasukan keselamatan sedang menjalankan pengeledahan terhadap beberapa buah rumah di kampung tersebut. Ketika sidang akhbar itu diadakan, beliau berkata, setakat ini tidak ada kehilangan nyawa di pihak keselamatan di pihak PDRM dan tentera.

Update Terkini 11.43 pagi (5 Mac 2013) 


Anggota keselamatan berkawal dekat ladang kelapa sawit Embara Budi bagi menyekat sebarang penyusupan pihak penceroboh di kawasan ini. - melvister.com -

Update terkini 12 tengah hari: 

Sementara di Bandar Cenderawasih, kawalan oleh tentera turut dilakukan

Update Terkini 12.21 petang - Penceroboh Masih Melepaskan Tembakan

Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar berkata operasi bersama antara polis dan tentera masih menerima tentangan musuh yang melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan negara. Pasukan Malaysia kini menjalankan operasi ‘mopping up’. Tiada korban di pihak kita direkodkan setakat ini namun di pihak musuh masih belum diketahui. Ismail meminta semua pihak agar tidak membuat spekulasi mengenai jumlah kemalangan kerana akan menjejaskan Ops Sulu ini.

Update 12.33 petang: 

Operasi pembersihan sedang giat dilakukan. Orang luar dan media tidak dibenarkan menghampiri kawasan pertempuran.

Update 2.10 Petang: 

Filipina meminta pihak berkuasa Malaysia untuk membantu menyediakan perjalanan keluar yang selamat dari Sabah untuk wanita Filipina dan mereka yang bukan penceroboh bersenjata. Setiausaha Luar Filipina, Albert del Rosario telah meminta rakan sejawatannya dari Malaysia untuk berbuat demikian supaya mereka dibenarkan meninggalkan kawasan pertempuan di sana.

Del Rosario juga meminta Jabatan Hal Ehwal Luar di Manila untuk menyampaikan nota kepada duta Malaysia ke Filipina untuk berhubung rayuan tersebut. Menteri Luar Malaysia, Datuk Anifah Aman berkata beliau akan menyampaikan permintaan itu kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zamid Hamidi.

Update 3.00 Petang: 

Dimaklumkan operasi kini berjalan seperti dirancang. Operasi memberkas penceroboh dan pemeriksaan dari rumah ke rumah sedang dilakukan.

Update 4.42 Petang: 

Ketua Polis negara mengesahkan sehingga kini pasukan keselamatan masih tidak menemui mayat ketua penceroboh, Raja Muda Azzumudie. Kira-kira 20 mayat pengganas Sulu setakat ini sudah ditemukan beberapa jam selepas serangan dilakukan oleh pasukan keselamatan ke atas kumpulan penceroboh itu di Kampung Tanduo.

Update 5.45 Petang: 

Polis masih menjalankan operasi susulan dan penggeledahan di Kampung Tanduo, Lahad Datu kerana percaya masih ada musuh di kawasan seluas empat kilometer persegi itu. - melvister.com -
Ranking: 5

{ 16 Comments... read them below or add one }

  1. semakin kritikal dah ni
    tu lah yg bagi muka sgt dah jadi gini :)

    ReplyDelete
  2. Kita sudah tiada masa, majulah dgn maha perkasa
    Air mata darah bercampur keringat,
    Bumi ini milik kita
    Bumi ini milik kita
    Bumi ini milik kita

    ReplyDelete
  3. Siapa suruh ndk byr pampasan? Mmg hak dorg! Dlm islam ada ckp jgn mkn hak org haram! Dn buruk padanya.. Ini jada sdh mkn tuan sndri.. Soalnya skrg, mngapa lmbat kluarkan butiran mangsa yg trkorban(pdrm) sbb mayat mangsa di simpan bom! Dn mayat di cincang2. Yg mangsa prtama tu di potong leher! Ada di kluarkn di berita? Tiada!! Apa ni semua? Kita semua akan jdi mangsa jika tentra kita tdk campur tgan.. Bkn mau ingat itu senaman punggung sja ba!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di mana koe dapat berita palsu tu... mana ada yg kena potong kepala dan kena cincang... itu semua berita palsu yg tersebar... biar dpt info yg betul Anon....

      Delete
    2. Aku tanya ko? yg ko ada di tempat kejadian???!!! klu tda tak pya ckp! ko diam dan dengar berita sja!

      Delete
    3. Apa lagi ko mau?? aku orang (IPK) hehehehe... cukup!

      Delete
    4. macam koe pun ada di tempat kejadian lah... kalau koe org IPK apasal koe menyamar...

      Delete
    5. ko ne.. klu aku kna ole kpn tu ko blh tulung aku? aga agalah.. betul ba..

      Delete
    6. itu semua berita palsu.

      Delete
    7. Dari ko sja!

      Delete
  4. sebab musabab kenapa pilipina mengamuk?

    1. sebab dana orang islam 900 juta telah lesap oleh KETUA MENTERI DAN KELUARGANYA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mengarut saja kau ini.

      Delete
    2. Ko sukalah.... But the truly will come over lately! Pray for all sabahan people..

      Delete
    3. anon, mgkin ko la anggota yang dicari sebab tikam belakang...teda guna ko dapat gaji, bg makan keluarga ko kalau mcm ni perangai babi ko .... bagus klu ko yg mati kena serang hendap tu kan..atauu.....ko ni cakap jak ipk padahal orang biasa dan pengecut...wakakakakakak...shame on you brader..... get a life bastard!

      oawh...aku lupa, ko ni surf tenet teda keja ka? lagi la malang keluarga ko sbb makan gaji buta dan curi tulang dari ko yg surf tenet memanjang... fa' u (sopan ken huruf aku?)

      Delete
  5. Pray for Sabah and Malaysia

    ReplyDelete
  6. Jika pencerobohan ini satu sendiwara sehingga mengorbankan ramai anggota keselamatan negara kita maka saya memohon campurtangan Mu ya Tuhan yang Maha Esa.. Dalam firmanMu (ALKITAB) "Hak pembalasan adalah hak Mu". Maka tunjukkan kuasa MU di bumi Sabah amnya Malaysia...

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved