Permohonan Rebat RM200 Telefon Pintar Belia 1Malaysia | Golongan belia yang berusia di antara 21 hingga 30 tahun boleh mula memohon rebat RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G terpilih daripada pengedar berdaftar bermula selasa ini (1 Januari 2013).
Menurut Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multemedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Tarmizi, permohonan di bawah Pakej Komunikasi Belia itu boleh dibuat menerusi pendaftaran dalam talian di : http://nbi.skmm.gov.my/
Skim itu berkonsepkan siapa cepat dia dapat dan hanya 1.5 juta belia yang layak mendapatkan telefon pintar itu selagi stok masih ada.
Menurut Mohamed Sharil lagi, belia yang layak menikmati rebat RM200 itu boleh membeli telefon pintar 3G terpilih berharga sehingga RM500 daripada pengedar terpilih dan ejen yang dilantik oleh penyedia perkhidmatan.
Syarat dan Kelayakan Pakej Komunikasi Belia (PKB) 2012 :
- Belia berumur antara 21 – 30 tahun (ikut tarikh lahir).
- Berpendapatan dibawah RM3,000 sebulan.
- Permohonan terdiri dari dua kategori iaitu Bekerja dan Pelajar. (pilih mana berkenaan)
- Jika bekerja anda wajib ada no KSWP atau yang bekerja sendiri abaikan.
- Jika pelajar anda wajib sediakan no kad pelajar anda.
- Pembelian telefon tiada had harga.
- Pakej bergantung kepada siapa cepat dia dapat.
- Tempoh permohonan adalah dari 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013.
Cara Permohonan Rebat RM200
1. Sila layari borang online di laman web berikut:
1. Sila layari borang online di laman web berikut:
- http://komunikasibelia.skmm.gov.my/Public/DaftarPelajar (Pelajar)
- http://komunikasibelia.skmm.gov.my/Public/DaftarPekerja (Pekerja)
2. Pada menu, sila klik pada permohonan untuk pelajar (jika anda sedang belajar) dan sebaliknya.
3. Sila isi butiran penuh dan hantar pendaftaran anda.
4. Salinan permohonan akan dihantar kepada anda melalui email dalam tempoh 24 jam. Langkah terbaik adalah cetak dahulu slip pendaftaran.
Cara Cetak dan Penggunaan Baucer Rebat RM200
Pastikan anda mencetak slip pendaftaran sebagai bukti anda telah memohon rebat RM200 untuk telefon pintar. Skim tersebut berasaskan siapa cepat dia dapat dan khas bagi 1.5 juta belia yang layak mendapatkan telefon pintar itu selagi stok masih ada.
Contoh Slip Baucar Rebat RM200
Tujuannya ialah untuk memperluaskan insentif itu merangkumi belia berpendapatan rendah yang masih belum menggunakan telefon pintar dan tidak mampu untuk menaik taraf telefon lama 2G mereka kepada telefon pintar 3G yang asas.
Selesai pendaftaran, anda boleh cetak/print kesemua maklumat (pengesahan pendaftaran) berkenaan. Semak senarai wakil penjual/agen yang terlibat (https://komunikasibelia.skmm.gov.my/plain/dealer.html) dan bawalah perkara dibawah untuk membeli telefon anda.
Perkara yang perlu dibawa :
- Salinan cetakan pendaftaran.
- Kad pengenalan (I/C).
- Bukti pendapatan – Slip gaji / Lain-lain yang disahkan.
Semoga berjaya!
dewasa tak leh mohon ke? hehe
ReplyDeletekenapa Cikgu Ma nak mohon kah? syarat umur dari 21 tahun hingga 30 tahun....
DeleteAsal sy punya slip pndaftaran xda salinan pon di hantar ke email?
Deletexlwh buke pon link 2
ReplyDelete1 Januari 2013 baru boleh buka... hehehe
Delete1 Januari pon fail jugak...lemau tol kerajaan malaysia...bagi macam x bagi je..
ReplyDeletekalau baru grad 2/12/2012...dan masih belum bekerja...sy nk isi borang yang mana?
ReplyDeleteasalkan saja umur anon dah 21 tahun menjelang 2013 tu..
DeleteMCM NA NK SEMAK UTK PRINT SLIP TU...?
ReplyDeletedah isi tapi tak leh nak print slip 2,,, mcm nak print slip 2,,
ReplyDeleteaik??? mcm mana pulak tak boleh nie.... mungkin ada masalahlah tu...
Deletemmg xble print coz nanti dorang emailkan kt kte slip rebat uw
ReplyDeleteno KWSP tu cmne nk tau..sy xtau no sy pnye..blh tlg x ckp cmne caranye..plesee
ReplyDeletesaye x sempat nk print macam mana ye????
ReplyDeletemungkin ini boleh membantu sikit...
Deletecopy paste link ni: https://komunikasibelia.skmm.gov.my/Public/Success?ic=900622******
lepas ic=(letak ic korang) pastu enter…nanti akan kuar semula rebet korang tu pastu boleh print..tq
alamak.. xsempt nk print.. cne?
ReplyDeleteCuba check slip pendaftaran dekat email anda...
Deletesape2 yang ada masalah slip.. camni jer..
Deleteemail ke komunikasibelia@cmc.gov.my
dorang akan bagi..kejap jer.. aku pun kene kes same x dpat slip.. ckap je nak slip pemohanan, kompem dorang terus sent, sertakan sekali no i/c yer..:)
Tq ye.. Aku da taw nak dpt slip tu,tngal nk print lg.. Tq noor ikmal coz bg kt org klue nak dptkan slip tue.
ReplyDeleteSama2... itupun aku dapat clue dari rakan blogger lain juga.. hehehe...
DeleteCmne nak tau kedai yang terima rebat ni ye?mane nak cek senarai kedai di setiap kawasan yang terima rebat ni?
ReplyDeleteHi, i tak dapat print... tapi kat email permohanan diterima dan akan diproses.. Apa maksudnye?
ReplyDeleteSlm..blh apply guna gaji basic? Klu dh d tmbh elaun dh lbh 3k...
ReplyDeletesalam ikmal..saya tak sempat nk print... tapi lepas isi borang tu doa terus kua satu slip mengatakan permohonan diterima...suh tekan cetak... pastu tertutup lak... mcm ne ek..
ReplyDelete