Pelajar Perempuan UPSI Maut Terjatuh Dari Tingkat Empat Bangunan E-Learning

on 22 April 2012

Assalamualaikum... memang terkejut juga aku bila baca berita seorang UPSI meninggal dunia akibat terjatuh dari tingkat empat di Bangunan E-Learning. Aku sangkakan kes bunuh diri tapi jauh sangat tersasar tuduhanku. So, aku tak naklah buat spekulasiku sendiri, biar polis yang selesaikan dulu siasatan tersebut. 

Bangunan e-Learning
Bangunan E-Learning... Di sinilah tempat di mana pelajar UPSI tersebut maut terjatuh..
Tanjung Malim - Seorang pelajar perempuan UPSI maut dipercayai jatuh dari tingkat empat di Bangunan E learning di Universiti ini petang tadi.

Menurut sumber, seorang saksi yang telah melihat mangsa sedang terjatuh dari tingkat yang tidak dapat dipastikan. 

Saksi tidak dapat ditemuramah lanjut akibat dari trauma kejadian tersebut. Kejadian telah berlaku sekitar jam 5.15 petang di belakang bangunan itu. Mangsa mengalami kecederaan parah dibahagian kakinya. Beliau disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai kesihatan yang tiba sejurus kejadian ini berlaku.

Siasatan lanjut masih lagi dijalankan bagi menentukan punca kematian sebenar. Sumber

  
*Sumber Gambar

Al-Fatihah... semoga beliau berada di tempat-tempat orang yang beriman. Jangan nak memandai nak buat spekulasi sendiri sudah. Tunggu siasatan polis selesai.


Ranking: 5

{ 2 Comments... read them below or add one }

  1. Al fatihah...


    Maklumat sahih yang kami terima berhubung kes mahasiswi terjatuh di Bangunan E-Learning semalam. Rakaman CCTV di bangunan itu menunjukkan mangsa menaiki lif ke Tingkat 4 jam 5.24 petang. Jangkamasa kematian sekitar jam 5.28-6.00 petang. Ketika di temui di oleh seorang pensyarah di bawah , mangsa masih bernafas dan sempat diajar mengucap oleh pensyarah berkenaan.

    ReplyDelete
  2. @Silent Thinker Terima kasih atas infonya... Jadi arwah sempat juga mengucap...

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved