500 IPTS Akan Lumpuh Tanpa PTPTN |
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata, ramai dalam kalangan penuntut IPTS negara ini membiayai pengajian mereka menggunakan pinjaman daripada PTPTN.
“IPTS di negara ini hidup di atas dasar adanya PTPTN. Tabung PTPTN merupakan sebab mengapa pelajar berada di IPTS,” katanya selepas hadiri mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan An-Nur di Benut, semalam.
Ketua Penerangan Umno berkata, pemansuhan PTPTN akan beri kesan negatif terhadap perkembangan industri pengajian tinggi tempatan.
Menurut Ahmad, IPTS negara berhadapan dengan kemungkinan ditutup berikutan penuntut tidak memiliki kaedah membiayai kos pengajian tinggi yang keterlaluan dan tidak mampu ditanggung.
Katanya, 20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) negara tidak mampu menyerap keseluruhan penuntut pengajian tinggi di negara ini, jika IPTS yang bergantung kepada kemudahan PTPTN tidak lagi beroperasi.
“Mereka yang mahukan PTPTN ini dimansuhkan tidak mempunyai pemikiran yang menyeluruh. Jangan terlalu mementingkan diri sendiri,” kata beliau. - Bernama
p/s: So, anda semua patut ambil kira semua itu sebelum nak mansuhkan PTPTN. Jangan ikut sedap mulut jer nak bantah supaya mansuhkan PTPTN. Jalan paling mudah adalah jangan ambil pinjaman PTPTN kalau tak nak tanggung pembayaran balik. Tapi aku sokong adalah pemnghapusan faedah 1% tu.
Kalau IPTS yang anda belajar sekarang lumpuh, dekat mana lagi tempat korang nak sambung belajar ? Dekat luar negara ? itu pun perlukan pinjaman juga. Mungkin anda mempunyai resepi sendiri untuk mencari duit untuk membiayai kos belajar korang.
{ 0 Comments... read them below or add one }
Post a Comment