Semakan Keputusan SPM 2011 Melalui Online Dan SMS

on 14 March 2012

Assalamualaikum.....




Nampaknya teka-teki bila keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 yang selama ini menjadi tanda tanya kini sudah diketahui umum. So lepas nie dah tak da lagi yang memandai nak tangguh keluarnya result SPM tu erk. Dengan secara rasminya keputusan SPM 2011 akan dikeluarkan pada 21 Mac ini iaitu lebih kurang seminggu lagi dari sekarang. Jadi kepada calon-calon yang mengambil SPM 2011 tu banyakkanlah berdoa erk supaya nanti dapat result yang cemerlang.

Calon-calon belohlah membuat semakan keputusan SPM 2011 secara online atau SMS pada 21 Mac 2012 Ataupun bolehlah ke sekolah masing-masing selepas jam 10:00 pagi untuk mendapatkan result pada hari yang sama juga.

Bagi calon persendirian SPM 2011, colon akan dimaklumkan melalui khidmat pos atau calon sendiri boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing tempat anda mendaftar dahulu.


Selain itu, semakan SPM 2011 juga boleh dibuat melaui perkhidmatan semakan keputusan SPM 2011 melalui mySMS 15888. Biasanya perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10:00 pagi, 21 Mac 2012 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam iaitu 27 Mac 2012.


Untuk membuat semakan secara online dan SMS anda bolehlah mengikut arahan seperti dibawah ini:




keputusanspm Semak Keputusan SPM



  1. Untuk semakan melalui SMS: Taip SPM RESULT NO. KAD PENGENALAN dan Hantarkan ke 15888.
  2. Untuk semakan secara online: 
  • Pergi ke laman web SAPS saps.moe.gov.my
  • Klik butang Semakan Ibu Bapa yang berwarna Merah.
  • Masukkan No. Kad Pengenalan atau Sijil Surat beranak dan pilih sama ada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah dan seterusnya klik butang Semak Laporan. 

Seramai 9,239 orang calon SPM sekolah Kementerian Pelajaran yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 berjaya memperoleh kelulusan A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran yang diambil, bagaimana pula agaknya prestasi calon SPM 2011.

Tahniah kepada yang berjaya dan kepada yang gagal ini bukan bermakna kehidupan sudah berakhir. Perjalanan hidup masih jauh lagi dan berbagai cara masih ada untuk kita menjadi manusia yang berjaya dunia dan akhirat. Telah terbukti ramai yang telah berjaya dalam hidup jadi ulama, usahawan dan jutawan walaupun SPM tidak cemerlang.

- Semoga mendapat keputusan yang cemerlang -
Ranking: 5

{ 2 Comments... read them below or add one }

  1. 21..really??yess alhamdulilah..sempat gak amik keputusan seblm pergi buat umrah/..

    ReplyDelete
  2. @eye inyuppp... nak pigi umrah ya... bagus2... hehhe..

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved