Seramai 506 Calon Dapat A Bagi Semua Mata Pelajaran SPM 2011

on 21 March 2012

Assalamualaikum......




Hari ini merupakan hari yang paling menyeramkan bagi semua calon SPM 2011 dimana hari ini result SPM 2011 akan diumumkan. Sebelum result dikeluarkan pada jam 10 pagi tadi, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Y.Bhg. Dato' Sri Abd Ghafarbin Mahmud mengumumkan analisis SPM 2011 di RTM 1 pada pukul 9.00 pagi tadi dalam Majlis Pengumuman Analisis SPM 2011. 

Dalam pengumuman tersebut 506 daripada 468,808 calon sekolah Kementerian Pelajaran berjaya memperoleh gred Cemerlang Tertinggi (A) bagi semua mata pelajaran yang diambil dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 berbanding 403 pada tahun 2010. Pencapaian keseluruhan pelajar dalam peperiksaan terus meningkat sejak empat tahun lalu, kata Ketua Pelajaran Malaysia, Dato' Sri Abd Ghafar Mahmud.


"Pencapaian keseluruhan sekolah juga meningkat, apabila bilangan sekolah dalam kategori 'cemerlang' dan 'baik' masing-masing meningkat sebanyak 13 dan 60 buah sekolah," katanya ketika mengumumkan SPM 2011 Keputusan analisa di Kementerian Pelajaran Malaysia di Putrajaya sebentar tadi.

Bagi yang belum mengetahui keputusan SPM 2011, calon boleh membuat semakan melalui mySMS 15888 mulai 21 Mac 2012 pukul 10.00 pagi sehingga pukul 12 tengah malam iaitu 27 Mac 2012.


Untuk semakan secara online dan SMS anda bolehlah mengikut arahan seperti dibawah :



  1. Untuk semakan melalui SMS: Taip SPM RESULT NO. KAD PENGENALAN dan Hantarkan ke 15888.
  2. Untuk semakan secara online: 
  • Pergi ke laman web SAPS saps.moe.gov.my
  • Klik butang Semakan Ibu Bapa yang berwarna Merah.
  • Masukkan No. Kad Pengenalan atau Sijil Surat beranak dan pilih sama ada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah dan seterusnya klik butang Semak Laporan. 
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved