Showing posts with label Shila Amzah. Show all posts
Showing posts with label Shila Amzah. Show all posts

Penjelasan Sharnaaz Maki Shila Amzah Di Twitter

on 18 December 2012

Penjelasan Sharnaaz Maki Shila Amzah Di Twitter

Penjelasan Sharnaaz Maki Shila Amzah Di Twitter | Umum semua mengetahui tentang pergaduhan  Sharnaaz dan Shila Amzah di laman sosial Twitter baru-baru ini dan berikut merupakan penjelasan daripada Sharnaaz sendiri mengenai dia memaki hamun Shila Amzah.

Motif Sharnaaz Ahmad berpunca apabila dia merajuk sebab Shila Amzah menyanyi dengan Taufik Batisah di Anugerah Planet Muzik yang lalu. Ternyata sikap beliau ini tidak profesional langsung walaupun sudah lama bercinta.

Berikut status Twitter Sharnaaz yang begitu marah sekali dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada Shila.

Penjelasan Sharnaaz Maki Shila Amzah Di Twitter

Penjelasan Sharnaaz Maki Shila Amzah Di Twitter

Selepas keesokan harinya, Sharnaaz telah meminta maaf dan mengeluarkan kenyataan yang kononnya akaun Twitter miliknya dihacked. Mungkin penjelasan Sharnaaz ini tidak boleh diterima pakai olehh semua peminat.

Penjelasan Sharnaaz Maki Shila Amzah Di Twitter

Penjelasan Sharnaaz Maki Shila Amzah Di Twitter

p/s: Diharap kita jangan terus membuat spekulasi sendiri dan semoga hubungan mereka berdua ini akan berkekalan.

Senarai 12 Lagu Yang Layak Ke Anugerah Juara Lagu 27

on 26 November 2012

Senarai 12 Lagu Yang Layak Ke Anugerah Juara Lagu 27

Senarai 12 Lagu Yang Layak Ke Anugerah Juara Lagu (AJL) 27 | Debaran kian terasa setelah 12 lagu yang layak bertanding di Anugerah Juara Lagu ke-27 diumumkan semalam. Dijadualkan AJL 27 akan berlangsung pada 6 Januari 2013.

1. Idola
Artis : Azlan & The Typewriter
Komposer : Audi Mok
Lirik : Azlan


2. Pelangi Senja
Artis : Stacy
Komposer : Taja
Lirik : Tun Teja


3. Anak Kampung
Artis : Jimmy Palikat & One Nation Emcees
Komposer : Jimmy Palikat
Artis : Jimmy Palikat & One Nation Emcees


4. Terukir di Bintang
Artis : Yuna
Komposer : Yuna
Lirik : Yuna


5. Ombak Rindu
Artis : Hafiz & Adira
Komposer : Zaidi
Lirik : Zaidi


6. Tanpamu
Artis : Amir Jahari
Komposer : Amir Jahari
Lirik : Amir Jahari


7. Lagu
Artis : Bedroom Sentuari
Komposer : Bo Amir Iqram
Lirik : Bo Amir Iqram


8. Teman Pengganti
Artis : Black
Komposer : Malique
Lirik : Malique


9. Ku Akui
Artis : Hafiz
Komposer : Ajai
Lirik : Ajai


10. Simetri
Artis : Hazama & Amy Search
Komposer : Audi Mok
Lirik : Firdaus


11. Andai ku Bercinta Lagi
Artis : Mojo
Komposer : Edry Abdul Halim
Lirik : Edry Abdul Halim


12. Patah Seribu
Artis : Shila Amzah
Komposer : Shila Amzah
Lirik : Shila Amzah

P/S: Tahniah kepada semua yang layak ke AJL 27 dan sememangnya semuanya hebat-hebat.

Senarai Penuh Calon Akhir Anugerah Industri Muzik 19

on 4 October 2012

Senarai Penuh Calon Akhir Anugerah Industri Muzik (AIM 19) | Finalis Anugerah Industri Muzik 19 (AIM 19) tahun ini menyaksikan Yuna mengungguli enam pencalonan. AIM 19 akan diadakan pada 17 November 2012 di Stadium Melawati Shah Alam. Ia dijadualkan akan berlangsung pada pukul 8.30 malam.

Senarai Penuh Calon Akhir Anugerah Industri Muzik 19

Pencalonan pada tahun ini adalah terbuka kepada lagu serta album dalam bahasa Melayu serta Inggeris yang dikeluarkan di Malaysia pada lingkungan tarikh dari 1 Julai 2011 sehingga 30 Jun 2012.

Manakala proses pengundian Anugerah Industri Muzik ini pada peringkat awalnya, pencalonan diketuai oleh Ketua Juri, Adnan Abu Hassan bersama-sama juri lain yang kesemuanya mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang muzik dan juga penerbitan album.

Pentadbiran serta pengurusan proses penghakiman tahun ini akan dikendalikan oleh firma yang telah dilantik untuk mengaudit segala undian juri terhadap semua kategori yang dipertandingkan, yakni MACOMM Management Services.

Berikut adalah keputusan dan senarai finalis AIM 19 (Anugerah Industri Muzik 2012) yang telah diputuskan baru ini.

Artis Baru Terbaik
  1. Mojo – Andai Ku Bercinta Lagi
  2. Keroz Nazri – Suatu Hari Nanti
  3. Salam Musik – Alamak feat Altimet
  4. Stephen Rahman Hughes – Bertemu di Syurga
  5. The Malayan – Aku Bukan Lagenda

Persembahan Vokal Lelaki Terbaik Dalam Lagu
  1. Azlan & The TypeWriter – Idola
  2. Jamal Abdillah – Bahagia Sementara
  3. Faizal Tahir – Buta
  4. Hazama – Majnun
  5. Stephen Rahman Hughes – Bertemu di Syurga

Persembahan Vokal Wanita Terbaik Dalam Lagu
  1. Shila Amzah – Patah Seribu
  2. Siti Nurhaliza – I Cry Out
  3. Jaclyn Victor – Counting Days
  4. Nora – Doa
  5. Jaclyn Victor – Jagalah Diri

Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Lagu
  1. Sleeq feat Ramlah Ram – Sesaat Kau Datang
  2. Firdaus – Saat Terindah
  3. Forteen – Seperti Dulu
  4. GX4 – Kerana Kasihmu
  5. Prince of Pop – Main Jauh-jauh

Kulit Album Terbaik
  1. Yuna/Zul Amran Hilmi – Terukir di Bintang
  2. Hujan/Sanjay – Sang Enemy
  3. Filsuf/ Anuar Sujud – Muka Surat Satu
  4. Love Me Butch/Wing Meng – World Wide Transgression
  5. Mizz Nina/Even Odds Sdn Bhd – Take Over

Rakaman Album Terbaik
  1. Shanel/Azlan Abu Hassan/Lee Stephen/ Arief Renald – Perjalanan
  2. Jamal Abdillah/Eddie Slam/ Greg Henderson/ Voodoo/Illegal – Raja Pop 2
  3. Kat Hassan/ Edrie Hashim/Manusia Putih/Cat Farish – Menggoda
  4. Nora/Rahmad Ayob (Hikmah)
  5. Hafiz Hamidun/ CL Toh – Zikir Terapi Diri

Video Muzik Terbaik
  1. Yuna/ Quek Shio Chuan – Sparkle
  2. Goldfish and Blink/Michael Weicker/Marcus Weicker – Bila Seharusnya featuring Noh Salleh
  3. Stacy/ Ghaz Abu Bakar – Pelangi Senja
  4. Suki Low/ Jeremy Zainal – Terlalu Mencintaimu
  5. Firdaus/ Sahak – Keran-nya Aku Menolakmu

Lagu Pop Etnik Terbaik
  1. Noraniza Idris/ Asmin Mudin/ Ahmad Fedtri Yahya – Menarik Hati
  2. Noraniza Idris/ Mohd Shahril/ Ahmad Fedtri Yahya – Hari Demi Hari
  3. Noraniza Idris/ Edrie Hashim/ Ahmad Fedtri Yahya – Kuasa Cinta
  4. Noraniza Idris/ Helen Yap/ Ahmad Fedtri Yahya – Mahligai
  5. Noraniza Idris/ Wan Mohammad Logan/ Ahmad Fedtri Yahya – Endang Endong Cintaku Satu

Lagu Nasyid Terbaik
  1. Hafiz Hamidun – Allah
  2. Izzat Mahadi/ Hafiz Hamidun – Garisanmu
  3. Nora/ Gjie 6ixth Sense/ Lukhman S – Doa
  4. Voices of Umi/ Johan Nawawi – Erti Al Fatihah
  5. Mawi/ Hafiz Hamidun – Asmaulhusna

Lagu Rock Terbaik
  1. Faizal Tahir/ Audi Mok – Buta
  2. Azlan & The Typewriter/ Audi Mok/ Dark – Idola
  3. Hazama/ Audi Mok/ Omar K – Simetri
  4. The Azenders/ Sam – Bebas
  5. Silent Death/ Stone/ Zizie Hashim – Mati Senyap

Lagu Pop Terbaik
  1. Jaclyn Victor/ Edry Abdul Halim – Jagalah Diri
  2. Hyper Act/ Frozen – Harapan
  3. Shila Amzah – Patah Seribu
  4. Yuna – Terukir di Bintang
  5. Jaclyn Victor/ Edry Abdul Halim – Sebelah Jiwaku

Lagu Hip Hop Terbaik
  1. SSK/ DJ Jocular/ Saph/ NBE – Tenang Sayang
  2. Filsuf/ Belle Fatah/ Bob Yusof – Sendiri di Kuala Lumpur
  3. Jamal Abdillah & Malique/ Malique/ Tripdizs – Aku Maafkan Kamu
  4. Mizz Nina/ Saph – Just You and Me
  5. Black & Malique/ Malique – Teman Pengganti

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
  1. Siti Nurhaliza/ Bryan Bouro – Stand Up
  2. Yuna – Photo of You
  3. Yuna – Memo
  4. Jaclyn Victor/ Aubrey Suwito / Lin Li Zhen – Counting Days
  5. ZE!/ Sarah Zainal Abidin – Haircut

Lagu Bahasa Melayu Terbaik yang Dipersembahkan oleh Artis Luar Negara
  1. Sammy Simorangkir – Aku Kembali
  2. Nirwana Band – Sudah Cukup Sudah
  3. Rossa feat Taufik Batisah – Aku Bersahaja
  4. Rossa feat Ungu – Ku Pinang Kau Dengan Bismillah
  5. Astrid – Tentang Rasa

Album Terbaik
  1. Stacy/ Muhammad/ Kunci Demak – Stay-C
  2. Nora/ Johan Nawawi – Hikmah
  3. Pesawat – Take Off
  4. Salam Musik/ Salam – Salam Musik
  5. Hujan/ Noh Salleh/ AG Coco – Sang Enemy

Susunan Muzik Terbaik di dalam Lagu
  1. Stacy/ Edry Abdul Halim – Kasanova
  2. Yuna/ AG Coco – Terukir di Bintang
  3. Jaclyn Victor/ Aubrey Suwito – Counting Days
  4. Stephen Rahman Hughes/ Azlan Abu Hassan – Bertemu di Syurga
  5. Brenda & Budi/ Arman/ Alex/ Aye/ Rifai/ Andy – OST Gerimis Mengundang

Demikianlah keputusan penyenaraian Finalis AIM 19 bagi tahun 2012. Kemuncak dan keputusan pemenang AIM 19 ini akan disampaikan di Stadium Malawati, Shah Alam pada tarikh 17 November ini. Ianya juga akan disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria.

Gambar Shila Amzah Bersama Piala Asian Wave Di KLIA

on 27 September 2012

Gambar Shila Amzah Bersama Piala Asian Wave Di KLIA | SEPANG – Berikutan kemenangan Shila Amzah pada pertandingan Asian Wave 2012 yang lalu, ramai pihak telah menunggu ketibaan beliau di KLIA, Sepang, semalam. Ketibaan beliau di sambut meriah oleh rakan media, peminat dan keluarga beliau sendiri. 

Gambar Shila Amzah Bersama Piala Asian Wave Di KLIA

Dalam pada itu, juara pertandingan Asian Wave 2012, Shila Amzah menjelaskan keputusannya memakai tudung memberi hikmah yang cukup besar apabila dia diterima dengan baik oleh masyarakat China selepas menjadi juara Asian Wave 2012.

Gambar Shila Amzah Bersama Piala Asian Wave Di KLIA

Tambah Shila, dia sangat terharu dengan penerimaan peminat di negara itu ketika menyertai pertandingan tersebut kerana mereka benar-benar menghormati imejnya sebagai wanita Islam.

Gambar Shila Amzah Bersama Piala Asian Wave Di KLIA

“Ternyata dalam setiap tindakan yang kita lakukan akan ada ganjarannya dan saya melihat hikmah kerjaya dan rezeki saya terbuka luas di negara orang sebagai satu nikmat yang besar.

Gambar Shila Amzah Bersama Piala Asian Wave Di KLIA

“Malah saya dikenali di China kerana imej bertudung dan ia cukup menggembirakan saya,” ujarnya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada hari Rabu.

Sumber: forblogger

(Video) Shila Amzah Juara Asian Wave Shanghai 2012

on 21 September 2012

(Video) Shila Amzah Juara Asian Wave Shanghai 2012 | Shila Amzah atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah, 22, berjaya mengharumkan nama negara apabila beliau menjuarai Asian Wave 2012 yang berlangsung di Shanghai, China, semalam. Shila Amzah selaku wakil Malaysia berjaya menewaskan 5 finalis daripada negara China, Korea Selatan, Singapura, Thailand dan India.

Shila Amzah Juara Asian Wave Shanghai 2012

Berita gembira ini telah disahkan oleh adik Shila sendiri iaitu Syahir Amzah menerusi twitter peribadi miliknya dengan menyatakan perasaan syukur terhadap kemenangan kakaknya itu.


Berikut adalah petikan twitter milik adik Shila:
Alhamdulillah. @Shilaamzah is a Champion for Asian Wave 2012!! Thanks for you guys for voting Lets trending #TahniahShilaAmzah
Shila Amzah berjaya memukau juri dengan membawakan 3 lagu iaitu Gemilang (Jaclyn Victor), Grenade (Bruno Mars) dan sebuah lagu Mandarin. Berikut adalah video daripada persembahan Shila malam tadi :



Sumber: ammboi
 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved