Yuna Kini Berstatus "Single But Not Available"

on 20 September 2012

Yuna dan Qi Razali Kini Sah Putus | Sebelum ini kita dengar melalui Qi Razali yang menafikan hubungannya dengan Yuna retak menanti belah. Qi Razali juga kurang menjelaskan situasi sebenar hubungan mereka. Namun akhirnya teka-teki hubungan cinta Yunalis Zarai atau Yuna dengan Qi Razali terjawab apabila penyanyi terkenal itu mengaku dirinya kini solo.

Yuna Kini Berstatus "Single But Not Available"

Yuna mendedahkan keputusan membawa haluan masing-masing dibuat atas dasar bersama, namun dia dan Qi masih berkawan baik. Menafikan campur tangan pihak ketiga menjadi faktor kasih berakhir, Yuna menjelaskan, mereka mahu fokus kepada kerjaya seni, selain faktor jarak dan masa.
“Yes, single but not available. Kalau ada jodoh tidak ke mana dan perhubungan bukan satu pilihan. Kami mengambil keputusan bersama untuk menumpukan perhatian kepada kerjaya, tetapi masih mengambil berat sebagai kawan baik. Tiada komitmen dan bebas untuk melakukan apa saja. Dia bebas untuk melakukan apa saja termasuk menjalin hubungan dengan wanita lain,” katanya dalam sebuah akhbar hari ini.
Merasakan faktor jarak dan masa menyulitkan hubungan mereka, Yuna mahu menumpukan kepada kerjaya seninya yang makin meningkat, selain tanggungjawab kepada keluarga.

Masih Berkawan Baik

Biarpun tiada hubungan istimewa, Yuna masih bertemu Qi. Dia menganggap hubungan baik dengan Qi tidak harus berakhir walaupun tanpa ikatan cinta.
“Saya nak peminat doakan yang terbaik untuk kami. Kami tidak boleh menggembirakan orang dengan perkahwinan, kalau bukan itu yang kami mahukan. Kami hormati keputusan masing-masing, tetapi masih berjumpa. Tiga hari lalu kami keluar bersama dengan keluarga saya. Saya tahu dia bekerja keras untuk membina kerjayanya. Qi juga tahu saya sedang berusaha keras dalam bidang ini. Saya sentiasa sibuk, jadi kita rest dulu daripada perhubungan ini dan fokus kepada kerjaya masing-masing,” katanya.
Menganggap tekanan dan bebanan tugas dalam mempromosikan album dan siri jelajah di 20 tempat di Amerika syarikat (AS) cukup meletihkan, Yuna tidak mahu menambah kekusutan dengan hubungan cinta. - Yuna Kini Berstatus "Single But Not Available"

Ranking: 5

{ 4 Comments... read them below or add one }

  1. ada tak nombor tepon yuna? ingat nak ejas dia la.hahahahaha :P

    ReplyDelete
  2. @boni kacak hahaha... mana ada... pi lah minta dekat Yuna sendiri... huahauahu

    ReplyDelete
  3. @boni kacak hahaha... mana ada... pi lah minta dekat Yuna sendiri... huahauahu

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved