Jerman Gesa Henti Guna Internet Explorer

on 20 September 2012

Jerman Gesa Henti Guna Internet Explorer | Kerajaan Jerman menggesa orang ramai menghentikan sementara penggunaan Internet Explorer daripada Microsoft Corp susulan penemuan pepijat dalam pelayar web menyebabkan komputer peribadi (PC) terdedah kepada serangan penggodam.

Jerman Gesa Henti Guna Internet Explorer

Kelemahan dalam aspek keselamatan itu menjejaskan ratusan juta pengguna pelayar web seluruh dunia, dikesan pada hujung minggu lalu. Kelmarin, Microsoft dilaporkan berkata, penggodam boleh mengeksploitasi pepijat itu untuk menjejaskan PC yang melayari web jahat dan bertindak mengawal komputer mangsa.

Pejabat Persekutuan Kerajaan Jerman bagi Keselamatan Maklumat (BSI), berkata ia menyedari sasaran penyerang dan apa yang diperlukan mereka adalah menarik pelayar web ke laman web di mana penggodam menggunakan perisian berniat jahat yang dieksploitasi oleh pepijat dalam Internet Explorer untuk menjangkiti PC mereka. Penyebaran kod lebih cepat amat dibimbangi, kata kerajaan Jerman dalam satu kenyataan.  

Sumber : ammboi
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved