Kadar Zakat Fitrah 2013 Seluruh Negeri Malaysia

on 5 July 2013


Kadar Zakat Fitrah 2013 Seluruh Negeri Malaysia | Berikut adalah kadar zakat fitrah bagi seluruh negeri di Malaysia bagi tahun 2013. Untuk tahun ini, setiap negeri masih mengekalkan kadar zakat fitrah seperti tahun sebelumnya.

Umat Islam yang berkemampuan digalakkan membayar zakat fitrah kepada amil yang sah disetiap daerah masing-masing.

Waktu Menunaikan Zakat Fitrah


Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

1. Waktu Wajib
  • Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

2. Waktu Paling Afdal
  • Sebelum sembahyang Hari Raya

3. Waktu Sunat
  • Sepanjang bulan Ramadhan

4. Waktu Makruh
  • Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal

5. Waktu Haram
  • Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

Negeri
Tahun 2013 (RM)
Perlis
6.00
Kedah
7.00
Pulau Pinang
7.00
Perak
7.00
Selangor
7.00
Negeri Sembilan
6.50
Melaka
6.50
Johor
5.00/8.00*
Pahang
7.00
Terengganu
4.50/7.00/7.60*
Kelantan
7.00
Sarawak
6.50
Sabah
7.00
Kuala Lumpur / Putrajaya / Labuan
7.00


*Bagi negeri Johor dan Terengganu, kadar berbeza mengikut jenisdan gred beras.
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved