Tawaran Genjatan Senjata Jamalul Kiram Ditolak Oleh Malaysia

on 7 March 2013

Tawaran Genjatan Senjata Jamalul Kiram Ditolak Oleh Malaysia

Tawaran Genjatan Senjata Jamalul Kiram Ditolak Oleh Malaysia | Hari ini kerajaan Malaysia menerusi Menteri Pertahanan, Datuk Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa tawaran genjatan senjata pengganas Sulu tidak diterima kerajaan Malaysia kecuali semua mereka menyerah diri tanpa syarat. Sehingga kini, tiada pilihan lain untuk pengganas yang telah menghuru-harakan Sabah.
"Genjatan senjata satu pihak tidak diterima oleh Malaysia kecuali militan menyerah diri tanpa syarat. Jangan percaya dengan tawaran gencatan senjata oleh Jamalul Kiram. Demi kepentingan rakyat Sabah dan seluruh rakyat Malaysia, hapuskan dulu semua militan," kata Ahmad Zahid menerusi laman Twitter hari ini.

Tawaran Genjatan Senjata Jamalul Kiram Ditolak Oleh Malaysia

Malaysia menolak gencatan senjata yang dicadangkan Jamalul Kiram III kerana pengganas Sulu masih berperang dengan pasukan keselamatan di Kampung Tanduo dan Tanjung Batu. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegaskan pengganas Sulu wajib meletakkan senjata tanpa syarat. Beliau berkata demikian dalam sidang media di sini, sebentar tadi. – BH Online
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved