Pemimpin Pengganas Berpangkat Jeneral Antara 52 Yang Dibunuh - OP Daulat Di Lahad Datu

on 7 March 2013

Pemimpin Pengganas Berpangkat Jeneral Antara 52 Yang Dibunuh - OP Daulat Di Lahad Datu | Berita terkini OP Daulat di Lahad Datu di mana, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan jumlah pengganas Sulu yang dibunuh dalam OP Daulat kini ialah seramai 52 orang.

Pemimpin Pengganas Berpangkat Jeneral Antara 52 Yang Dibunuh

Menerusi sidang media pada petang Khamis (7 Mac 2013), Ismail berkata anggota keselamatam berjaya menembak mati seramai 31 lagi pengganas bersenjata dalam operasi mopping-up yang dijalankan pada Khamis.

Menurut Ismail, kesemua 52 musuh yang mati itu adalah termasuk sejak pertempuran pertama setelah pasukan keselamatan Malaysia diserang hendap Jumaat minggu lalu di Kampung Tanduo.

Antara yang terbunuh ialah pemimpin pengganas yang berpangkat jeneral namun belum dipastikan sama ada mangsa ialah adik kepada Sultan Sulu iaitu Raja Muda Agbimuddin Kiram yang mengetuai kumpulan itu menceroboh Sabah. - Mstar Online -
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved