Penjawat Awam Dapat Kenaikan Gaji Tahunan Lebih Awal, Pangkat Anggota ATM Dan PDRM Disetara Dengan Perkhidmatan Awam

on 12 March 2013

Penjawat Awam Dapat Kenaikan Gaji Tahunan Lebih Awal, Pangkat Anggota ATM Dan PDRM Disetara Dengan Perkhidmatan Awam

Penjawat Awam Dapat Kenaikan Gaji Tahunan Lebih Awal, Pangkat Anggota ATM Dan PDRM Disetara Dengan Perkhidmatan Awam | Apa perasaan seluruh penjawat awam sekalian selepas amanat dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-13 lewat tengahari tadi? Ada yang suka, duka, atau tak ada perasaan apa-apa? Dibawah penulis kongsikan beberapa kandungan yang sempat penulis petik daripada beberapa sumber.

Pangkat anggota ATM, PDRM disetara dengan perkhidmatan awam lain
  • Berkuat kuasa 1 Januari 2013, kerajaan setuju pangkat anggota di Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) disetarakan dengan gred perkhidmatan awam lain

Gaji, jawatan koperal ATM dan PDRM setara dengan Gred 22
  • Datuk Seri Najib berkata, melalui penyelelarasan gred itu, gred jawatan dan gaji koperal dalam ATM dan PDRM disetarakan dengan Gred 22 perkhidmatan awam

Gaji sarjan ATM dan PDRM disetarakan dengan Gred 22 JPA
  • Gred jawatan dan gaji sarjan dalam ATM dan PDRM yang kini dalam Gred 17, disetarakan dengan Gred 22 perkhidmatan awam

Gred 41 mejar dalam ATM, superintendan PDRM dinaikkan ke Gred 46A
  • Gred jawatan dan gaji mejar dalam ATM dan timbalan superintendan PDRM dalam Gred 41, disetarakan dengan gred 46A dalam perkhidmatan awam

Kapten ATM dan Superintendan PDRM disetarakan dengan Gred 44
  • Jawatan Kapten ATM dan Superintendan PDRM dalam Gred 41 kini disetarakan dengan Gred 44 perkhidmatan awam

Kakitangan awam kontrak disambung setahun lagi
  • Kakitangan awam yang kontraknya tamat pada 31 Disember 2013 akan disambung selama setahun lagi.
    Kira-kira 50,000 kakitangan kontrak yang akan tamat perkhidmatan pada 31 Disember tahun ini akan disambung setahun lagi sementara kajian menyeluruh dilaksanakan.

Kolonel, ACP disetara dengan Gred 52 perkhidmatan awam
  • Gred jawatan dan gaji kolonel ATM dan Asisten Komisioner (ACP) polis yang kini dalam Gred 48, disetarakan dengan Gred 52 perkhidmatan awam

Penjawat awam dapat kenaikan gaji tahunan lebih awal
  • Kerajaan bersetuju untuk memberi semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu kenaikan gaji tahunan (KGT) yang diawalkan pada 1 Julai 2013.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata ini bermakna setiap penjawat awam akan mendapat kenaikan antara RM80 hingga RM320.
Langkah itu akan membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion,katanya pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-13 bertemakan ‘Transformasi Perkhidmatan Awam, Merealisasikan Wawasan 2020
- Sumber : www.bharian.com.my - Kredit : www.enciknakal.com


9 Perkara tersebut adalah seperti yang dilaporkan oleh akhbar Sinar Harian

Penjawat Awam Dapat Kenaikan Gaji Tahunan Lebih Awal, Pangkat Anggota ATM Dan PDRM Disetara Dengan Perkhidmatan Awam

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan 'berita baik' sembilan perkara yang dinantikan oleh 1.4 juta kakitangan awam termasuk kenaikan gaji tahunan yang diawalkan dan akan berkuat kuasa mulai 1 Julai ini.

Mengumumkan perkara itu di sini hari ini, Najib berkata, kesemua inisiatif yang diumumkan hari ini adalah sebahagian daripada sistem saraan baru iaitu Sistem Saraan Transformatif (SST) - yang menggantikan Sistem Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dibatalkan tahun lalu.

Antaranya :

  • Mulai 1 Januari 2013, pangkat dalam ATM dan PDRM disetarakan dengan perkhidmatan awam iaitu Koperal ATM & PDRM dari gred gaji 17 kepada gred 22; Sarjan ATM dan PDRM dari Gred 27 kepada Gred 29; Kapten ATM dan Penolong Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 44; Mejar ATM dan Timbalan Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 46A; Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis dari Gred 48 kepada 52.
  • 50,000 pegawai kontrak yang tamat kontrak pada 31 Disember 2013 akan disambung lagi setahun. Kajian menyeluruh akan dilaksanakan kemudian.
  • Skim perkhidmatan dari Gred 1 hingga 10, dinaik taraf kepada gred gaji kelayakan masuk PMR. Seramai 166,541 penyandang terima manfaat ini.
  • Kerajaan setuju laksana urusan kenaikan pangkat Kumpulan Pelaksana dengan memendekkan tempoh kenaikan pangkat dari tempoh 15 tahun kepada 13 tahun. Ia libatkan seramai 17,000 penjawat awam yang layak.
  • Kerajaan setuju luaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu Kenaikan Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi.
  • Seramai 182,434 penjawat awam punyai gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat kenaikan gaji tahunan, semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum ditambah Kenaikan Gaji Tahunan sebanyak tiga kenaikan gaji tahunan (KGT) berkuat kuasa 1 Januari 2013.
  • Sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, kerajaan setuju beri Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga peratus kepada pegawai yang capai dan punyai gaji maksimum.
  • Dalam Skim Saraan Malaysia (SSM), bagi KGT Gred 1 hingga 11 dan gaji gred naik pangkat tidak dapat tampung kenaikan pangkat, kerajaan setuju buat tambah baik sebelum akhir 2013 berpandukan prinsip saraan sejagat iaitu kadar upah untuk kerja relativiti dan pariti perkhidmatan serta "pay for performanca".
  • Kerajaan setuju beri semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu KGT diawalkan pada 1 Julai 2013. Setiap penjawat awam terima antara RM80 hingga RM320. Ia membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion.

Kesemua inisiatif yang diumumkan adalah sebahagian daripada sistem saraan baru iaitu Sistem Saraan Transformatif (SST) yang menggantikan Sistem Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dibatalkan tahun lalu

Video Amanat Perdana Menteri 11 MAc 2013

Ranking: 5

{ 10 Comments... read them below or add one }

  1. Memang tak puas hati....... Sebelum ni kata elaun rumah dan cola di naikkan....... Mana ada rumah sewa harga RM 180......... Meh sewa la........... Apa cer? Sume bagi Polis dan Tentera...........

    ReplyDelete
  2. Apasal? Orang lain tak buat keje ke? bagi yang menjalankan keselamatan negara tapi dipandang sebelah mata tu macam mana?

    ReplyDelete
  3. Boleh bayang kan penjawat-penjawat awam tersenyum lebar sekarang ini..

    ReplyDelete
  4. apa korang ni semua x puas hati ni dulu suruh sekolah tinggi x mo belajar sekarang gaji kecil menrunggut pulak apa salahnya askar dan polis naik gaji.... hidup najib

    ReplyDelete
  5. betul...betul....betul....

    ReplyDelete
  6. memangv x puashati..............bukan pasai gaji tapi pasai sama gred....

    ReplyDelete
  7. Memang bodo preseden cuepacs ni,adaka p setuju sama gred,hang x kerja kat kem askar,aku ni N22 sama ngan kpl yang baru service 8 tahun,aku nak pencen lagi 3 tahun......memang kena pelece.....bengang betui aku....tang gaji aku tak heran,aku pun dah mantap....kalau macam tu anggota awam x payah pakai gred, tukaq bagi pangkat lak,amacam Datok setuju tak....hehehehe...cuba cadangkan NAJIB....

    ReplyDelete
    Replies
    1. SETUJUUUUUUUUUUUUUU............KALAU N22=KOPERAL,N17= L/KOPERAL,N1 HINGGA N14 PREBET/REKRUT....HAHAHAHA.....APA PUNYA SAMDOL DAAAAAAAAAA......

      Delete
  8. kekadang kena fikir panjang...gaji naik barang pun naik.. jd soal pokok bukan kenaikan gaji tapi bagimana sistem pentadbiran itu adil bagi semua rakyat...cthnya macam mak lembu.. kenapa sprm senyap... kena kat org lain bukan main cepat lagi...polis pun begitu pantas ambil tindakan....

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved