Panduan Pendaftaran Online Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA)

on 11 March 2013

Panduan Pendaftaran Online Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA)Panduan Pendaftaran Online Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) | Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Berhad telah ditubuhkan selaras dengan Akta PR1MA 2012. PR1MA bertanggungjawab untuk merancang, membangun, membina dan menyenggara perumahan gaya hidup berpatutan untuk rakyat berpendapatan sederhana di kawasan bandar-bandar utama. Pendapatan sederhana didefinasikan sebagai pendapatan bulanan isi rumah (suami dan isteri) antara RM2,500 hingga RM7,500.00.

YAB Perdana Menteri Malaysia menyedari bebanan kewangan yang dihadapi oleh penduduk bandar yang perpendapatan sederhana akibat pembangunan yang pesat di Malaysia. Wawasan beliau adalah untuk mengimbang semula bantuan yang diberi kepada rakyat di luar bandar serta di kawasan bandar. PR1MA adalah salah satu daripada pelbagai usaha murni yang dilaksanakan untuk membantu rakyat menguruskan kos sara hidup di kawasan bandar. PR1MA akan menjadi perintis yang mensasarkan golongan perpendapatan sederhana dengan menawarkan rumah diantara RM100,000 hingga RM400,000 yang dibangunkan di pembangunan komuniti yang mampan.

Kelayakan Memohon PR1MA:
  • Pemohon mestilah Warganegara Malaysia.
  • Pemohon mestilah berumur sekurang- kurangnya 21 tahun semasa permohonan dibuat.
  • Permohonan terbuka kepada individu atau keluarga (suami dan isteri) dengan pendapatan purata bulanan isi rumah antara RM2,500 – RM 7,500.
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki lebih daripada satu hartanah.
  • Syarat-syarat tambahan mengikut negeri-negeri.

Nota:
  • Perumahan PR1MA akan diperuntukkan melalui proses pengundian terbuka.
  • Pemilihan unit rumah oleh pemilik yang terpilih akan mengikut turutan cabutan undian.
  • Moratorium selama 10 tahun akan dikenakan dimana rumah PR1MA tidak boleh dijual atau dipindah milik tanpa kebenaran pihak PR1MA.
  • Pemilik wajib mendiami rumah PR1MA tersebut.

Cara Memohon PR1MA:

Untuk cara permohonan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) secara online, anda boleh kelaman web PR1MA dan sila ikut langkah demi langkah sebagaimana yang dipaparkan. Ada 7 langkah untuk anda buat semakan sebelum membuat permohonan online PR1MA. Caranya penulis ringkaskan sebagaimana di bawah:

Panduan Pendaftaran Online Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA)

Semak Kelayakan

Pendaftaran Online PR1MA
  • Daftar secara online disini —> DAFTAR.
  • Semak email dan sahkan pautan pendaftaran tadi.
  • Sekarang anda boleh login (daftar masuk semula) dengan ID dan Password yang anda cipta semasa DAFTAR.
  • Lengkapkan permohonan (isi borang) dan lampirkan sekali dokumen yang diperlukan.
  • Hantar pendaftaran anda.
  • Makluman nombor pendaftaran unik PR1MA anda akan dimaklumkan menerusi email.
  • Sila gunakan nombor pendaftaran berkenaan untuk sebarang urusan dengan PR1MA.

Permohonan
  • Pemohon akan dimaklumkan menerusi email dan sms apabila pembangunan PR1MA yang anda pilih tadi telah dilancarkan.
  • Setelah itu, anda boleh mengemukakan permohonan untuk tujuan pengundian.

Pengesahan
  • Setelah tamat tempoh permohonan untuk mengundi, pemohon akan disaring melalui proses pengesahan.
  • Hanya pemohon yang sah (layak) dipanggil untuk pengundian.

Pengundian
  • Pemohon yang sah akan diundi secara rawak.
  • Sebagi makluman, proses pengundian akan diaudit sepenuhnya.

Pengumuman Permohonan PR1MA Yang Berjaya
  • Nombor undian pengundi yang berjaya akan dipaparkan dilaman web PR1MA.
  • Pengundi yang berjaya akan dihubungi menerusi email dan sms.

    NOTA: Pemohon yang berjaya boleh teruskan urusan pembiayaan dengan institusi kewangan pilihan sendiri.

Peruntukan Perumahan
  • PR1MA akan menghubungi pengundi yang berjaya dan memaklumkan perincian perumahan yang disediakan.
Panduan Pendaftaran Online Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA)




Kredit - www.ammboi.com -
Ranking: 5

{ 5 Comments... read them below or add one }

  1. Kalau bujang.. yang bakal berkahwin dlm tempoh 6 bln blh memohon ke... ?maksudnya dpt rumah sebelom kahwin..

    ReplyDelete
  2. Kalau bujang.. yang bakal berkahwin dlm tempoh 6 bln blh memohon ke... ?maksudnya dpt rumah sebelom kahwin..

    ReplyDelete
  3. Anonymous09 May, 2013

    soalan yg sm di ajukan..tlg reply..tq..

    ReplyDelete
  4. Dekat2 nak kahwin boleh rasenye apply.. rumah pun lame nak tunggu siap..

    ReplyDelete
  5. kat kelantan ada tak,kalau tanah sendiri boleh dan cara memohon.

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved