Lelaki Berlagak Alim Jamin Seseorang Masuk Syurga dan Hapus Dosa

on 30 October 2012

laporan polis yang dibuat ke atas Nizam
ZANA menunjukkan laporan polis yang dibuat ke atas Nizam selepas mendakwa lelaki itu memperdaya ibunya di Johor Bahru semalam. - kosmo omline

Lelaki Berlagak Alim Jamin Seseorang Masuk Syurga dan Hapus Dosa | JOHOR BAHRU – Seorang lelaki yang berperwatakan alim kononnya boleh menjamin seseorang masuk syurga telah menyebabkan seorang wanita terpedaya sehingga memaksa mangsa bagi menyerahkan RM81,000 sebagai upah untuk menghapuskan dosa.

Sewaktu mendedahkan perkara itu, anak mangsa yang ingin dikenali sebagai Zana, 31, memberitahu, segalanya bermula apabila ibunya yang berusia 72 tahun telah bertemu dengan lelaki yang mengaku dirinya adalah sebagai amil zakat berumur lingkungan 40-an di Plaza Angsana di sini pada Julai lalu.

Lelaki Berlagak Alim Jamin Seseorang Masuk Syurga dan Hapus Dosa

Dalam pertemuan itu, ibunya telah memberikan wang setelah amil yang dikenali sebagai Nizam Idris (gambar kecil) itu mendakwa dia mengutip zakat serta mengambil sumbangan bagi anak yatim, warga tua serta golongan orang kelainan upaya.
“Sejak itu, ibu seperti orang yang telah dipukau serta menyerahkan wang kepada Nizam kira-kira RM81,000 sehingga sanggup mengetepikan keluarga sendiri hanya kerana menurut kata lelaki terbabit. Lelaki itu mendakwa dia melihat kami sekeluarga dimasukkan ke dalam neraka dan bagi mengelakkan perkara itu, ibu harus membayar sejumlah wang untuk penebus dosa sekali gus dapat merasai nikmat syurga”
Lebih membuatkan mereka naik mual terhadap pembohongan Nizam di mana lelaki itu kononnya meramalkan hari kiamat bakal berlaku dalam tempoh terdekat dan ibunya akan meninggal dunia pada 24 Julai tahun depan.
“Disebabkan ketakutan, ibu menjadi cemas serta menyerahkan wang kononnya Nizam mampu membersihkan diri ibu daripada dosa”
Mereka sekeluarga telah sedaya upaya mencuba pelbagai cara bagi menyedarkan ibunya namun malangnya wanita tersebut bukan sahaja manafikannya malah, memberitahu Nizam merupakan seorang lelaki yang baik.
“Ada di antara kami yang pernah terserempak dengan ibu sedang menjual semua barangan kemasnya dengan ditemani Nizam dan sampai satu tahap, ibu berhajat ingin menjual banglonya di Stulang Laut di sini yang bernilai RM500,000 tapi sempat dihalang”
Mereka sekeluarga yang tidak ingin ibunya berterusan ditipu telah membuat laporan di Balai Polis Sentral di sini Sabtu lalu.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob berkata, polis telah menahan lelaki terbabit pada hari pihaknya menerima laporan.
“Suspek kemudiannya telah dibebaskan semula setelah keterangannya diambil. Pada masa ini, tidak banyak yang boleh kami lakukan kerana mangsa sendiri tidak mengaku dia telah ditipu”
Zainuddin bagaimanapun meminta mana-mana individu yang turut menjadi mangsa dengan modus operandi sama supaya menghubungi polis Johor Bahru Utara di talian 07-221 2999 untuk membantu siasatan. 
Nota: MasyhaAllah! macam-macam teknik danstrategik orang sekarang nie nak jadi kaya sehinggakan sanggup menipu warga emas. Orang jenis apa nie, tak takut dosakah diorang nie erk? Yang mak cik tu percaya 100% kenapalah. Kesian aku tengok dekat mak cik tu. Orang macam nie memang patut dijatuhkan hukuman tapi kalau tak ada yang sanggup jadi saksi memang payah sikit. Tak apa, kau lepas dekat dunia nie tapi dekat akhirat kelak kau pasti akan diadili seadil-adilnya oleh Yang Maha Kuasa dan Maha Adil.

Sumber: forblogger.net
Ranking: 5

{ 8 Comments... read them below or add one }

  1. ada lagi bah pula..aduhhh

    ReplyDelete
  2. Pelik. Macam paderi boleh menghapuskan dosa.

    ReplyDelete
  3. Skrg die tpu owg snang die kt dunia..kt akhirat blom tntu snang..mcm2 cre owg nk mnipu skrg..

    ReplyDelete
  4. Salam Kenal..

    Uish bahaya jugak. Zaman sekarang ni menggunakan kaedah camni nak tipu kan orang. Semoga kita semua dilindungiNya

    ReplyDelete
  5. Oh yea.. DONE FOLLOW! Heee~

    ReplyDelete
  6. Ya Allah macam macam ingatkan dah x der..

    ReplyDelete
  7. salam kenal...

    hmmm...mcm2 caro orang nak menipu nih kan...

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved