Mekah Dan Madinah Bandar Paling Terang Dari Angkasa | Seorang angkasawan Rusia berkata, bandar suci Mekah dan Madinah adalah yang paling terang dan cantik apabila dilihat dari angkasa lepas.
Angkasawan berkenaan memberitahu perkara demikian kepada pelajar Arab Saudi yang menyertai program Persatuan Kembara Angkasa Lepas.
"Ketika berada di angkasa lepas, kami tidak berdepan dengan masalah untuk merakam gambar bandar raya di bumi pada siang hari. Tetapi, sebelah maam ia begitu rumit dan anda perlu menggunakan teknik khas. Namun saya berjaya merakam gambar beberapa bandar waktu itu. Apa yang mengejutkan saya, ialah Mekah dan Madinah begitu terang berbanding bandar lain di seluruh dunia ketika waktu malam," kata angkasawan Anatoly Ivanishin.
Menurutnya, bandar lain tidak begitu jelas ketika itu tetapi pemandangan Mekah dan Madinah begitu menakjubkan dan tidak diduga.
sangat terang...bukti keagungan Allah...
ReplyDeleteMaha Suci Allah!
ReplyDeletesubhanallah, cantik sangat,,moga ada kesempatan datang beribadah di sana..
ReplyDeletewah..terang sekali yaa..
ReplyDeleteiya..maha suci Allah..
ReplyDelete