Permohonan Kemasukan Ke IPTA, Politeknik dan ILKA Sesi Akademik 2013/2014

on 1 December 2012

Permohonan Kemasukan Ke IPTA, Politeknik dan ILKA Sesi Akademik 2013/2014

Permohonan Kemasukan Ke IPTA, Politeknik dan ILKA Sesi Akademik 2013/2014 | Permohonan kemasukan ke IPTA/Politeknik/ILKA bagi calon lepasan SPM, Asasi, Matrikulasi, STPM, STAM, Diploma atau SETARAF dengannya yang ingin melanjutkan pengajian bagi sesi akademik 2013/2014 akan mula dibuka pada 7 Januari hingga 15 April 2013.

Permohonan akan dibuka pada bulan Januari 2013. Turut dinyatakan ialah jualan No.Unik ID di BSN dijual pada tarikh permohonan dibuka.

Berikut adalah Pekeliling Prosedur Pengurusan Permohonan Kemasukan Ke IPTA/Politeknik/ILKA Sesi Akademik 2013/2014 bagi : 


Untuk maklumat terkini mengenai permohonan ini sila layari laman web rasmi kemasukan IPTA di pautan ini, http://upu.mohe.gov.my/

Kemaskini Terkini: 7 Januari 2013

Bermula hari ini sehingga 15 April 2013 boleh membuat Permohonan Kemasukan Pelajar Bagi Sesi Akademik 2013/2014. Permohonan mula dibuka bermula jam 12.00 Tengah Hari, 7 Januari  2013 hingga 15 April 2013.



SEMAKAN SYARAT AM & SYARAT KHAS KEMASUKAN KE IPTA & POLITEKNIK PREMIER [ Klik Sini ]

SEMAKAN SYARAT AM & SYARAT KHAS KEMASUKAN KE POLITEKNIK KONVENSIONAL/METrO & ILKA [ Klik Sini ]

Kemasukan adalah pada :
  • lepasan SPM/Setaraf - Jun 2013 
  • lepasan STPM/Setaraf - September 2013
Sila Klik Gambar Untuk Lebih Jelas

Bagi pemohon lepasan Sijil dari Politeknik yang ingin menyambung pengajian ke peringkat Diploma di Politeknik, permohonan hendaklah dibuat terus ke Politeknik. Sila rujuk laman web www.politeknik.edu.my untuk maklumat lanjut.

Anda juga dinasihat untuk meneliti tarikh-tarikh penting mengenai permohonan kemasukan ke IPTA/Politeknik/ILKA di SINI.


Tarikh Tutup Permohonan

Sistem permohonan akan DITUTUP pada 15 April 2013.

Keputusan Permohonan
  • Hebahan keputusan permohonan ke IPTA/Politeknik Primier bagi program pengajian lepasan SPM/Setaraf pada minggu ke-3 bulan MEI.
  • Hebahan keputusan permohonan ke ILKA/Politeknik bagi program pengajian lepasan SPM/setaraf & lepasan SKM pada minggu ke-4 bulan MEI.
Aplikasi e-Rayuan
  • Bagi calon yang gagal yang ingin membuat rayuan boleh berbuat demikian melalui aplikasi e-Rayuan yang akan dibuka selama 10 hari bermula pada tarikh keputusan permohonan dimumkan.
Ranking: 5

{ 6 Comments... read them below or add one }

  1. teringat zaman nak apply dulu..hehe

    ReplyDelete
  2. untuk bahagian E , macam mana nak isi maklumat pemilihan program kalau keputusan STPM 2012 xkua ag ?

    ReplyDelete
  3. utk kategori F (lepasan diploma/setaraf), tak boleh ker apply utk program pendidikan?

    ReplyDelete
  4. Anonymous10 June, 2013

    dah selesai pun blaja tapi rindu

    ReplyDelete
  5. nak apply balik lah !! macam mane ehh ??

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved