Sumpah Ariel Sharon...

on 26 November 2012

Sumpah Ariel Sharon...

Sumpah Ariel Sharon... | Inilah sumpah Ariel Sharon suatu masa dulu iaitu pada tahun 1956;
"Saya bersumpah, saya akan bakar setiap bayi dilahirkan di Palestin. Wanita dan kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding lelaki dewasa. Selagi mereka masih kelihatan, ia menunjukkan generasi itu akan berterusan..."
Daripada ucapan itu, kita semua mesti dapat mengagak kenapa Israel sehingga ke hari ini sengaja mensasarkan roketnya ke arah penempatan padat di Palestin. Tujuannya memang amat jelas iaitu mahu menunaikan sumpah Ariel Sharon. Menghapuskan pewaris di bumi Palestin. Alasan yang selalu kita dengar ialah di situ terdapat markas pejuang Hamas! Bangang betullag Zionis nie nak tipu masyarakat dunia. 

Kanak-kanak Palestin - perjuanganmu sangat bermakna!Kami tahu muslihat kamu wahai Zionis! Bagi Israel, kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding pemuda dewasa. Kenapa tidak, di usia muda lagi, kanak-kanak Palestin sudah ramai mampu menghafal Al-Quran. Perkara ini menjadi momok luar biasa yang menakutkan Israel. Mereka menilai kanak-kanak generasi penerus perjuangan Palestin yang akan menentang berdirinya negara Zionis Israel.
“Tidak sempurna iman seseorang di antara kalian sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.” (H.R Bukhari dan Muslim).
Bagi umat Islam, antara sesama Muslim ibarat satu tubuh. Jika satu disakiti, maka yang lain juga menderita. Dan bagi sesama manusia pula, tidak kira bangsa dan agama, jika ada nilai kemanusiaan yang tulen, derita orang lain, setidaknya ada rasa kasihan terdetik di jiwa.

Jadi, sudah tentu menjadi kewajiban kita semua membantu segenap warga Palestin yang ditimpa musibah dan bencana akibat sumpah kerakusan Zionis Israel yang mahu melenyapkan anak-anak Palestin di negara kiblat pertama itu.

Bantuan boleh kita berikan dengan doa yang khusyuk kepada ALLAH, meminta kepada-NYA agar saudara kita diberi kekuatan hati dan sentiasa dalam lindungan-NYA; memberi sumbangan berupa wang dan sokongan moral serta sumbangan lain yang mereka perlukan.

Mari kita kikis sifat acuh kita agar peduli kepada saudara-saudara kita di Palestin. Ketika ini, kita mungkin asyik duduk di ruang berhawa dingin, menonton rancangan TV kegemaran dan bergurau senda dengan keluarga.

Sementara di Gaza, mereka berteduh di rumah bocor atap dan dindingnya; meratap di katil hospital menanggung sakit, berjaga-jaga menunggu serangan Israel yang entah bila benar-benar berakhir.

Tabung Kemanusian Gaza - Sinar Harian

Bagi yang ingin menyumbang dan menghulurkan derma menerusi Tabung Kemanusian Gaza - Sinar Harian anda boleh ke akaun Mybank, Sinar Karangkraf, 506164-019988. Bagi mendapatkan maklumat lanjut boleh hubungi Sekretariat Sinar Harian, Wan Norhasfiza Megat Hussain 03-51013820.

Terdapat banyak lagi tabug untuk bantuan ke Gaza yang ada, jadi anda boleh menderma di mana-mana saja untuk membantu masyarakat di Palestin. Safe GAZA ! Safe PALESTIN !

Sumber rujukan: www.sinarharian.com.my
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved