Seram! Tidak Bermaya Selepas Melihat Kepala Putus

on 28 November 2012

Seram! Tidak Bermaya Selepas Melihat Kepala Putus

Seram! Tidak Bermaya Selepas Melihat Kepala Putus | Hajat 11 rakan yang juga merupakan ahli pancaragam untuk mengadakan pertunjukkan kebudayaan di Muar, Johor berkecai apabila lima daripadanya maut, empat parah dan dua lagi cedera selepas terlibat dengan kemalangan ngeri di Kilometer 372.1 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Slim River arah Selatan.

Kemalangan pada jam 7 pagi itu, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Hyundai Starex dikatakan telah terbabas dan merempuh bahagian belakang sebuah lori bermuatan beras yang berhenti di lorong kecemasan.

Akibat daripada rempuhan itu lima mangsa mati di tempat kejadian iaitu: 

  • Pang Lee Si, 35, dari Taman Serdang, Kedah; 
  • Juvien Chin Yu Xuan, 12, dari Niboong Tebal, Pulau Pinang
  • Poh Hock Huat, 60, dari Nibong Tebal, Pulau Pinang
  • Daphne Eng Yuik Yee, 14, dari Bagan Selatan, Tanjung Piandang, Perak
  • Ong Choon Tee, 33, Perai, Pulau Pinang.
Tiga orang berada dalam keadaan kritikal dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi HSR ialah;
  • Bu Wei Hong, 50 tahun
  • Heng Ah Lee, 60 tahun
  • Lim Tau Hong, 3 tahun
Manakala tiga mangsa, Chong Soon Choy, 61 patah tangan manakal dua lagi, Ho Seok Yi, 18 dan Goey Wen Ni, 16 cedera ringan. Kesemua mangsa menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna jenis (MPV) hyundai Starex yang dipandu Soon Choy.

Kemalangan itu mengakibatkan salah seorang mangsa putus kepala selain hancur anggota badan. Menurut seorang saksi, 
“Saya terduduk seketika selepas melihat kepala seorang daripada mangsa terputus dan otaknya melekat pada pintu kenderaan,” kata Ku Mohd Hayazi Ku Mohd Isa
Ranking: 5

{ 2 Comments... read them below or add one }

  1. mengerikan...
    x tau nak kata apa!

    ReplyDelete
  2. ngeri tu... tengok saja kereta yg remuk tu... memang seram...

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved