Nabil Raja Lawak Beri Nama Anak Perempuannya Naira Mikayla | Akhirnya Nabil Raja Lawak atau Nabil Ahmad dan isterinya, Nazirah sepakat untuk menamakan anak perempuan mereka Naira Mikayla.
Naira Mikayla dilahirkan pada 25 November 2012 pada jam 8.40 pagi melalui pembedahan dengan berat 2.67 kg di klinik Umra, Shah Alam.
Dalam perkembangan terbaru Nabil diberitakan tidak akan menyambung kontrak sebagai penyampai radio Suria FM. Kemungkinan besar Nabil mahu meluangkan lebih masa bersama anak tercinta. Ada juga mengatakan keputusan itu dibuat kerana dia ingin memberi fokus kepada bidang lakonan dan pengacaraan pada tahun hadapan.
Apa-apa pun keputusan Nabil tu adalah terbaik untuk dirinya. Semoga Nabil sentiasa berjaya dalam apa jua bidang yang diceburinya dan semoga Naira Mikayla membesar menjadi anak yang solehah kepada ibu bapanya. Sama-sama kita doakan...
hahah...mesti besar nanti jadi lawak macam ayah dia ..keh3
ReplyDeletetahniah buat nabil :)
ReplyDeletedia punya muka kan sama mcm mama dia..hehehe..
ReplyDeletenampak muka byk mcm nabil..hidung mancung..
ReplyDelete