Messi Gembira Kekasih Lahir Anak Pertama - Thiago

on 4 November 2012

Messi Gembira Kekasih Lahir Anak Pertama - Thiago | Lionel Messi, bintang bola sepak Argentina dan Barcelona gembira apabila teman wanitanya melahirkan seorang bayi lelaki, iaitu anak pertama bintang bola sepak terbaik dunia abad ini. 

Messi Gembira Kekasih Lahir Anak Pertama - Thiago

Messi dan kekasihnya, Antonella Rocuzzo, memberi nama bayi mereka, Thiago Messi.

"Saya adalah lelaki yang paling bahagia di dunia. Anak saya dilahirkan dan ia hadiah daripada tuhan. Terima kasih kepada anggota keluarga saya yang memberikan sokongan kepada kami," Kata Messi dalam Facebooknya

Barcelona mengumumkan kelahiran itu menerusi laman webnya selepas ia dilaporkan oleh media Sepanyol dan Argentina dan disahkan sendiri oleh Messi.

Tahniah kepada Messi. Adakah Thiago akan menjejaki langkah bapanya untuk bergelar pemain bolasepak ternama suatu hari nanti. Kita tunggu 15 tahun akan datang..
Ranking: 5

{ 2 Comments... read them below or add one }

  1. cumil eh anaknya atu..he

    ReplyDelete
  2. comel sangat... kalau nak bagi saya, saya nak!! heaaa!!!

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved