Majlis Perkahwinan Datuk Lee Chong Wei Dan Wong Mew Choo - Siaran Langsung Di NTV7

on 4 November 2012

Majlis Perkahwinan Datuk Lee Chong Wei Dan Wong Mew Choo - Siaran Langsung Di NTV7

Majlis Perkahwinan Datuk Lee Chong Wei Dan Wong Mew Choo - Siaran Langsung Di NTV7 | Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca dan pelawat, kelmarin merupakan hari bahagia buat Farid Kamil dan Diana Danielle setelah selamat di akad nikahkan di Lakeside Flamingo Hotel. Selepas ini satu lagi hari bahagia yang bakal dikecapai oleh jaguh badminton negara iaitu Datuk Lee Chong Wei bersama pasangannya, Wong Mew Choo pada 9 dan 10 November ini.

Untuk pengetahuan semua, NTV7 telah mendapat hak siaran eksklusif secara percuma majlis pernikahan Datuk Lee Chong Wei dengan Wong Mew Choo. Pastinya semua peminat dan rakyat Malaysia ternanti-nanti ingin menyaksikan live majlis perkahwinan Lee Chong Wei dan Wong Mew Choo.

Majlis perkahwinan Datuk Lee Chong Wei dan Wong Mew Choo akan berlangsung selama 2 hari iaitu 9 dan 10 November 2012 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Jangan lupa saksikan majlis perkahwinan mereka secara siaran langsung di NTV7 bermula pada pukul 8.30 malam pada kedua-dua hari tersebut.

Semoga berbahagia kepada Datuk Lee Chong Wei dan pasangannya iaitu Wong Mew Choo.
Ranking: 5

{ 2 Comments... read them below or add one }

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved