Tiada Kenaikan Kadar Tarif Elektrik Sehingga Jun 2013

on 10 October 2012

Tiada Kenaikan Kadar Tarif Elektrik Sehingga Jun 2013 | Kali terakhir kerajaan menyemak tarif elektrik ialah pada Jun tahun lepas, berikutan peningkatan harga gas asli cecair bagi sektor tenaga dan kerajaan pada awalnya merancang menyemak semula tarif setiap enam bulan. Namun Kabinet yang merupakan pihak berkuasa akhir menolak pelan itu.

TNB Logo

Oleh yang demikian, kadar tarif elektrik kekal pada paras semasa sehingga Jun tahun depan (2013), kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui. Mengulas lanjut mengenai ketiadaan kenaikan tarif elektrik, beliau berkata kementerian berkenaan membentangkan kertas mengenai tarif itu baru-baru ini kepada Majlis Ekonomi Negara. Namun Kabinet tidak meluluskannya. Oleh itu, beliau menjangkakan semakan semula tidak akan dibuat dan tarif kekal pada tahap semasa.

Sumber: ammboi
Ranking: 5

{ 1 Comments... read them below or add one }

  1. elok la tu, kalau naik kompen bungkus pd PRU 13 :)

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved