Ramlah Ram Terima Ugutan Selepas Akaun Facebook Dan Twitter Digodam | Inilah akibatnya kalau dunia makin maju dengan teknologi dan gadget yang serba canggih, maka ada yang cuba mengambil kesempatan dengan keadaan sedemikian. Janayah siber turut mengambil peluang ini dengan sebaiknya. Baru-baru ini seorang artis tempatan telah menerima penangan ini iaitu Ramlah Ram. Entah apa tujuan penggodam tersebut tidak dapat dipastikan lagi dan buat masa ini penggodam hanya menggodam akaun sosial milik penyanyi berkenaan sahaja.
Menurut laporan mStar Online, penjenayah siber berkenaan berjaya menggodam beberapa laman sosial milik penyanyi Ramlah Ram sehingga meletakkan status serta mesej berbaur ugutan terhadap penyanyi itu dan juga beberapa artis lain. Perkara itu disedari oleh Presiden Kelab Peminat Ramlah Ram Group (RRG), Idmiszal Soaid. Beliau berkata, dia menyedari perkara itu pada pagi Sabtu lalu apabila terbaca di sebuah blog yang mengatakan laman Twitter milik Ramlah digodam.
Tidak lama kemudian iaitu pada pukul 3 petang hari yang sama penggodam itu menghantar mesej berbaur ugutan dalam Twitter Ramlah yang ingin memusnahkan semua akaun laman sosial milik Ramlah termasuklah Facebook, E-mel dan akaun YouTube. Lebih menakutkan apabila penggodam mengugut (di Facebook) mahu menggodam telefon bimbit serta komputer riba Ramlah bertujuan untuk mendedahkan foto-foto peribadi miliknya,” katanya dalam portal mStar Online.
Tambah Idmiszal, Ramlah yang baru pulang dari Terengganu pada malam Sabtu lalu terus membuat laporan polis di Balai Polis Kajang kira-kira pukul 1 pagi (Ahad) selepas mendapat tahu kejadian tersebut. Malah, sebagai langkah keselamatan, Ramlah bertindak menghubungi beberapa bank bagi menyekat akaun-akaunnya agar segala urusan dihentikan buat sementara waktu.
"Selain Ramlah, saya juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Kajang dan dua orang ahli RRG membuat laporan serupa di Taman Pelangi, Johor kerana akaun laman sosial kami juga digodam. Malah penggodam itu telah menghantar mesej kepada saya dengan mengatakan dia tidak sukakan sebarang promosi yang berkaitan Ramlah. Peliknya, orang yang menghantar mesej itu daripada seorang lelaki negara luar. Dia siap ugut mahu menggodam laman sosial artis-artis lain pula seperti Azwan Ali, Lisa Surihani dan Fazura," ujarnya.
Ditanya keadaan Ramlah, Idmiszal berkata, penyanyi itu menjadi fobia sehingga dia tidak berani untuk menjawab sebarang panggilan telefon.
“Dia masih lagi fobia tambahan pula pelbagai ugutan yang diterima. Begitu juga dengan kami, takut juga apabila ada yang cuba dengki mahu menjatuhkan reputasi Ramlah. Tambah pula dia album barunya iaitu Aspirasi Cinta akan dipasarkan pada Jumaat ini yang diterbitkan sendiri oleh RRG. Saya takut ada yang tidak senang hati,” ujarnya.
Sementara itu Ramlah Ram yang dihubungi tidak menjawab panggilan telefon bagi mengulas kejadian tersebut.
Sumber: ammboi
Nota: Makin berani hackers-hackers sekarang nie erk... Ada saja yang mereka tak suka pasti akan jadi mangsa mereka. Harap janganlah hack blog nie erk.... takut juga aku dengan mereka nie.
x cara sgt hal artis ni
ReplyDeletesekadar ambik tau gitu je :)
hmm, kalau rojak yang kene macam tu dah lama dah rojak kuar terus dari fb, twitter..takkan artis sekarang nak harapkan online fb n twit je baru terkenal.
ReplyDelete